web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pesakit Pertama Cacar Monyet Di Thailand Hilangkan Diri

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 6:56AM

Pesakit pertama cacar monyet itu telah menghilangkan diri di Phuket dan usaha mengesannya kini giat dijalankan dalam usaha membendung penularan penyakit berkenaan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Pesakit cacar monyet pertama Thailand menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya. 

Pegawai kesihatan dan pihak berkuasa tempatan sedang mempergiat usaha untuk mengesan lelaki berusia 27 tahun itu untuk memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya dan membendung penularan penyakit berkenaan. 

Ketua Kesihatan Wilayah Phuket, Dr. Kusak Kukiattikoon berkata lelaki itu mengalami simptom seperti demam, batuk, sakit tekak, hidung berair dan ruam sejak seminggu lalu dan pada 16 Julai dia diminta menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian makmal.

Bagaimanapun, katanya lelaki itu telah keluar dari apartmennya dan mendaftar masuk ke sebuah hotel selepas dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya pada 18 Julai.

Keesokan hari lelaki yang telah tinggal melebihi tempoh itu keluar dari hotel dan telefon bimbitnya turut dimatikan.

“Pihak berkuasa kesihatan sedang berusaha mengesan kontak rapat. Sehingga kini, lebih 150 individu telah berhubung dengan lelaki itu. Sehingga kini, tiada seorang pun daripada mereka disahkan positif cacar monyet," katanya pada sidang media di Phuket.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 11 kontak rapat menjalani kuarantin di rumah selama 21 hari.

Sementara itu, Ketua Polis Phuket Mejar Jeneral Sermpan Sirikong berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu kali terakhir dilihat di lobi hotel pada Rabu.

"Saya rasa dia mungkin sudah keluar dari Phuket," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad