web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelombang Haba Di Eropah Pecah Rekod, Jejas Kesihatan, Ekonomi

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 11:51AM

Sekumpulan wanita menyejukkan badan dengan cara merendam kaki di Trafalgar Square, London. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GENEVA - Gelombang haba yang melanda Eropah memecah rekod sehingga menjejaskan kesihatan orang ramai, ekonomi, pengeluaran pertanian dan pelancongan, dan berkemungkinan berlaku lebih kerap untuk beberapa dekad.

Setiausaha Agung Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO), Petteri Taalas dalam satu sidang media Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva mengenai gelombang haba pada Selasa berkata aliran iklim negatif akan berterusan, sekurang-kurangnya sehingga tahun 2060-an.

"Dan itu bermakna keadaan cuaca ini menjadi kebiasaan," katanya dipetik Agensi Anadolu.

Menurut Taalas, dunia mempunyai cara yang lebih baik untuk menyesuaikan diri dengan gelombang haba berbanding pada dulu kerana di banyak negara, orang ramai telah menambah baik kemudahan untuk menangani gelombang haba dan lebih mengetahui tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan cuaca. 

Taalas berkata kesedaran mengenai perubahan iklim jauh lebih baik berbanding dahulu.

Beliau berkata cara untuk mengurangkannya boleh dilihat dalam sektor tenaga dengan penyelesaian mesra iklim serta dalam pengangkutan dan pemakanan rakyat, manakala harga berkaitan ubat-ubatan semakin rendah.

"Tetapi orang yang sama yang terdedah kepada pandemik COVID-19 sangat berisiko terhadap gelombang haba.

“Jadi, kami jangka peningkatan kematian dalam kalangan warga emas dan mereka yang sudah sakit. Kami juga menjangkakan kesan besar terhadap pertanian," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad