web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usul Undi Tidak Percaya Gagal Guling Kerajaan Perancis

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 12:08PM

Elisabeth Borne - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Isnin terselamat daripada undi tidak percaya apabila usul itu gagal mendapat sokongan majoriti.

Parlimen menolak usul dikemukakan Kesatuan Rakyat Sosial dan Ekologi Baharu (NUPES), dan hanya memperoleh sokongan 146 daripada 577 Ahli Parlimen, lapor Agensi Anadolu.

Borne mengecam percubaan parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaannya, sambil menyifatkan cubaan itu mengganggu tugas Parlimen.

“Perancis memerlukan kerajaan yang menjalankan tugasnya, tetapi sebahagian lagi mahu menyekatnya,” katanya.

Di Perancis, usul undi tidak percaya pernah diluluskan ketika kerajaan pimpinan Georges Pompidou berkuasa pada 1962, hingga terpaksa meletak jawatan, tetapi kembali berkuasa dalam pilihan raya seterusnya.

Parti berhaluan kanan yang diketuai Marine le Pen - pencabar Presiden Emmanuel Macron - tidak menyokong usul itu.

Alexandre Loube, ahli parti itu berkata kerajaan perlu mengelak daripada menghadapi lagi satu krisis tatkala negara sedang dilanda “krisis sosial, ekonomi dan keselamatan”.

Pemimpin gabungan NUPES mempertahankan usul itu dan mendakwa kurang kepercayaan terhadap kerajaan Borne.

Perikatan Macron hilang majoriti dan parti pembangkang juga menolak tawarannya untuk membentuk “kerajaan perpaduan”. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan