web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abe Dipercayai Ada Kaitan Dengan Kumpulan Tertentu - Penyerang

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 1:32PM

Abe, 67, diserang pada pagi Jumaat di bandar Nara, Jepun ketika sedang berkempen. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Tetsuya Yamagami yang ditahan kerana didakwa membunuh bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe pada Jumaat, berkata dia mahu menentang kumpulan tertentu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Abe.

“Emak saya, terbabit juga dengan kumpulan ini, memberi sejumlah besar sumbangan dan hidup kami hancur akibat perbuatan itu,” lapor Sputnik yang memetik stesen penyiar Jepun NHK.

Maklumat mengenai jenis kumpulan itu tidak didedahkan.

Abe, 67, diserang pada pagi Jumaat di bandar Nara, Jepun ketika sedang berkempen.

Yamagami, 41, menghampiri Abe dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki) menggunakan pistol buatan sendiri.

Menurut polis Abe masih sedar selepas cedera, keadaannya kritikal ketika dalam perjalanan ke hospital "disebabkan masalah jantung dan paru-paru".

Beliau disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian oleh hospital Universiti Perubatan Nara. - Bernama

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad