web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Boris Johnson Setuju Letak Jawatan Sebagai PM UK

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 7:02PM

Boris Johnson - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Media United Kingdom (UK) melaporkan Perdana Menteri, Boris Johnson telah bersetuju untuk meletak jawatan, menamatkan krisis politik yang belum pernah berlaku sebelum ini melibatkan masa depannya.

Johnson sebelum ini telah menolak gesaan oleh Kabinetnya untuk berundur susulan skandal etika.

Beliau bagaimanapun mengalah selepas lebih 40 menteri meletak jawatan dan menggesanya berundur.

Tidak jelas pada Khamis (7 Julai) sama ada Johnson akan kekal memegang jawatan ketika Parti Konservatif memilih pemimpin baharu, yang akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, ketua perbendaharaan Britain, Nadhim Zahawi telah menggesa Johnson meletak jawatan pada Khamis, hanya 36 jam selepas Johnson melantiknya memegang jawatan berkenaan, ketika seorang lagi Menteri Kabinetnya berundur.

Zahawi berkata Johnson mengetahui bahawa 'langkah betul untuk dilakukan ialah berundur sekarang'.

Zahawi dilantik pada lewat Selasa bagi menggantikan Rishi Sunak, yang meletak jawatan kerana tidak mampu lagi memberikan sokongan kepada Johnson selepas beberapa siri skandal etikanya.

Manakala Setiausaha Pendidikan, Michelle Donelan, yang dilantik pada Selasa turut mengumumkan perletakan jawatan pada pagi Khamis.

Johnson sebelum ini telah menolak desas-desus mengenai peletakan jawatannya walaupun berpuluh-puluh pegawai berhenti dan sekutu setia sebelum ini telah mendesaknya untuk berundur selepas satu lagi skandal menyelubungi kepimpinannya.

Malah sekumpulan Menteri Kabinet yang paling dipercayai Johnson, telah menemuinya di Downing Street pada Rabu, memintanya supaya berundur selepas kehilangan kepercayaan parti.

Johnson sebaliknya memilih untuk memperjuangkan kerjaya politiknya dan memecat salah seorang pegawai Kabinet, Michael Gove, lapor media British.

Jarang bagi seorang Perdana Menteri berpegang teguh pada jawatannya ketika menghadapi tekanan yang begitu hebat daripada rakan-rakan Kabinetnya.

Malah The Guardian dalam laporan muka depannya pada Khamis menggelar Johnson sebagai ''terdesak, tertipu".

Dalam pada itu, kira-kira 40 pegawai rendah kerajaan juga telah berundur di tengah-tengah kebimbangan mengenai pengendalian Johnson terhadap dakwaan salah laku seksual terhadap seorang pegawai kanan. Ia merupakan isu terbaru yang menyebabkan Ahli Parlimen Konservatif tidak selesa.

"Beliau telah melanggar amanah yang diberikan kepadanya. Beliau perlu menyedari bahawa beliau tidak lagi mempunyai kuasa moral untuk memimpin. Dan baginya, ia sudah berakhir," kata pemimpin Parti Kebangsaan Scotland, Ian Blackford kepada The Associated Press.

Jika Johnson masih enggan meletak jawatan, Konservatif boleh menggulingkannya dengan mencetuskan undi tidak percaya. - AP

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad