web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arab Saudi Akan Tanam 10 Bilion Pokok Dalam Program Penghijauan Semula

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 1:55PM

Arab Saudi sasar tanam 10 bilion pokok dalam Inisiatif Hijau Saudi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi mensasarkan untuk menanam 10 bilion pokok bagi mengatasi fenomena perubahan iklim serta mengurangkan kadar pelepasan karbon negara itu.

Perancangan besar yang diilhamkan oleh Putera Mahkota, Mohammed Salman itu adalah sebahagian daripada projek penghijauan semula seluruh Asia Barat yang akan membabitkan 40 bilion pokok.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan Inisiatif Hijau Saudi dan Asia Barat ini. Kita perlu bertindak lebih pantas untuk mengatasi perubahan iklim,” katanya dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan agensi berita, SPA.

Mohammed memberitahu insisiatif ini merupakan projek penghijauan semula yang terbesar di dunia, mengalahkan program Dinding Hijau Besar yang dilakukan di kawasan gurun di daerah Sahel, Afrika Utara.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan perincian penanaman semula berskala besar yang akan dilakukan di kawasan pergurunan yang mempunyai sumber air terhad. 

Mohammed juga berkata Saudi, yang merupakan pengeksport terbesar minyak mentah di dunia, akan mengurangkan kadar pelepasan karbon dengan menjana 50 peratus tenaganya dari sumber yang boleh diperbaharui.

Menurut laman pengesan pelepasan karbon, Climate Action Tracker, Saudi dikategorikan antara negara-negara yang paling kurang menyumbang dalam penurunan suhu dunia.

“Sebagai pengeluar minyak global yang terkemuka, kami menyedari tangungjawab besar dan peranan utama kami dalam melawan krisis iklim. Kami akan menjadi peneraju zaman hijau yang akan datang ini.

“Kami akan bekerjasama dengan negara-negara di wilayah Asia Barat untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Saudi yakin, dengan berbuat sedemikian, wilayah ini mampu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 60 peratus,” ujar Mohammed. - middleeasteye.net

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad