web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Maut Dalam Kejadian Tembakan Di Pusat Beli-Belah, Suspek 22 Tahun Ditahan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 12:21PM

3 maut manakala beberapa orang cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di Copenhagen. - Gambar dari Twitter @MorningLiveSABC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

COPENHAGEN - Tiga orang maut manakala beberapa orang cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di sini, pada Ahad.

Penyerang yang berusia 22 tahun itu bertindak sendirian dan dia berjaya ditahan namun setakat ini motif kejadian masih disiasat, kata polis.

''Dia bukannya seseorang yang kami kenali," kata ketua polis, Copenhagen Soren Thomassen pada sidang media selepas kejadian berkenaan.

Insiden seumpama itu yang jarang berlaku dan merupakan yang pertama sejak Februari 2015.

Menurut saksi, lelaki berkenaan telah ditangkap selepas polis tiba di pusat beli-belah Fields yang terletak di antara pusat bandar dan lapangan terbang Copenhagen.

''3 orang maut dan beberapa lagi cedera, tiga daripadanya berada dalam keadaan kritikal,'' kata Thomassen.

Salah seorang yang maut adalah seorang lelaki berusia dalam 40-an manakala dua lagi mangsa tidak dijelaskan usia mereka.

Sementara itu, dalam media sosial, orang ramai membuat spekulasi kejadian berkenaan bermotifkan rasis serta motif-motif lain.

Polis bagaimanapun mengesahkan sedang menyiasat video yang dimuatnaik dalam media sosial, yang dikatakan menunjukkan suspek dengan senjata dan mengacukan pistol ke kepalanya. - AFP

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga