web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Paras Pengawet Berlebihan, SFA Tarik Balik Kek Pisang Dari Malaysia

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 1:04PM

SFA mengesan kewujudan asid sorbik dalam kek pisang Goods, melebihi paras had maksimum yang dinyatakan dalam peraturan Makanan Singapura. - Gambar dari SFA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat telah mengarahkan supaya kek pisang Goods ditarik balik selepas ia didapati mengandungi paras bahan pengawet berlebihan dalam produk itu.

Agensi tersebut menjelaskan ia mengesan kewujudan asid sorbik dalam kek itu, pada paras yang melebihi had maksimum bagi bahan tersebut seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan Singapura.

Usaha menarik balik itu adalah sebagai langkah berwaspada dan sedang dijalankan, menurut SFA dalam kenyataan medianya.

Kek tersebut, yang diimport oleh Goods Huat Hee Marketing, mempunyai tarikh guna sebelum 30 Ogos 2022. Negara asal produk itu adalah Malaysia.

"Asid sorbik adalah bahan tambahan makanan yang dibenarkan, yang digunakan bagi tujuan mengawet," jelas agensi itu, sambil menambah pengambilan produk terjejas itu tidak mungkin memberi sebarang kesan buruk kepada kesihatan disebabkan paras toksik yang rendah.

Mereka yang sudah memakan produk terjejas itu dan mempunyai keprihatinan mengenai kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan. Para pengguna juga boleh menghubungi kedai di mana mereka membelinya bagi sebarang pertanyaan. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad