web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Letupan Di Gereja Makassar: Anggota Kumpulan JAD Terlibat

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 5:29PM

Anggota polis dari unit anti pengganas menjalankan serbuan di sebuah rumah di Makassar, Indonesia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Pasangan suami isteri yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian letupan  bom di luar kawasan gereja di Makassar, Sulawesi Selatan pada Ahad disahkan anggota kumpulan pengganas Jamaah Ansharut Daulah (JAD). 

Ketua Divisi Hubungan Masyarakat Polis Indonesia Argo Yuwono berkata siasatan awal mendapati pasangan itu baru berkahwin enam bulan lepas.

"Suspek lelaki dikenali sebagai "L ", sementara wanita "YSF", seorang pekerja swasta.

"Polis masih menyiasat suspek lain yang turut terbabit dalam perancangan kejadian itu," kata Argo pada sidang media menerusi webinar, di Jakarta.  

JAD merupakan kelompok pengganas di Indonesia yang terbabit dalam beberapa kejadian keganasan di Indonesia sejak 2004, kumpulan itu turut dikaitkan dengan kegiatan pengganas di Iraq dan Syria.

Dalam kejadian 10.20 pagi semalam, dua suspek yang menunggang sebuah motosikal bertindak meletupkan diri di luar kawasan Gereja Katedral di Makassar, yang membunuh kedua-duanya, serta mencederakan 19 orang awam.

Sementara itu, media tempatan melaporkan empat lagi suspek anggota kumpulan itu ditahan di Sulawesi Selatan dalam operasi besar-besaran polis Indonesia memburu anggota kumpulan berkenaan. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Letupan Di Narathiwat: 2 Rakyat Malaysia Cedera - Wisma Putra

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad