web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Korea Selatan Mansuh Peraturan Kuarantin Mulai 8 Jun

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 11:48AM

Bangunan tertinggi di Korea Selatan, Lotte World Tower. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEOUL - Kerajaan Korea Selatan akan menarik balik peraturan kuarantin tujuh hari bagi penumpang luar negara yang tidak mengambil vaksin COVID-19, mulai Rabu depan, kata Perdana Menteri, Han Duck Soo pada Jumaat.

Namun, mereka masih perlu menjalani ujian PCR dalam tempoh tiga hari selepas tiba di Korea Selatan, kata Han, lapor Agensi Berita Yonhap.

"Selain itu, sekatan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon akan dimansuh sepenuhnya mulai 8 Jun, dan kerajaan akan memastikan penerbangan dikendalikan selari dengan permintaan," kata Han.

Menurut Kementerian Pengangkutan, langkah itu akan meningkatkan jumlah penerbangan ketibaan kembali kepada tahap sebelum pandemik.

Langkah itu diambil susulan permintaan terhadap penerbangan antarabangsa meningkat sejak kerajaan menghapuskan peraturan penjarakan sosial. 

Menurut Han, harga tiket penerbangan melambung disebabkan sekatan ke atas bilangan penerbangan antarabangsa dan perintah berkurung untuk ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Pada masa ini, tiada penerbangan ketibaan dibenarkan di lapangan terbang dari 8 malam hingga 5 pagi.

Kerajaan juga memutuskan untuk menarik balik had bilangan mingguan penerbangan antarabangsa mulai Rabu depan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Untuk permulaan, kementerian merancang menambah 100 hingga 300 lagi penerbangan setiap minggu secara berperingkat mulai Mei dan pertambahan sehingga 50 peratus daripada paras sebelum pandemik menjelang akhir tahun. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad