web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peluncur Maut Dipanah Petir Ketika Jalani Latihan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 2:50PM

Katherine Diaz maut selepas dipanah petir ketika menjalani latihan di pantai El Tunco, El Savador. - Gambar dari International Surfing Association

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hasrat seorang peluncur wanita untuk bertanding dalam Sukan Olimpik tahun ini tidak kesampaian apabila dia maut selepas dipanah petir ketika memasuki air untuk menjalani latihan di pantai El Tunco di El Salvador.

Katherine Diaz, 22, menjalani latihan untuk menyertai pertandingan di negaranya apabila tragedi tersebut menimpa.

Diaz diberikan rawatan kecemasan namun meninggal dunia di tempat kejadian.

Gadis itu sebelum ini telah menyertai pertandingan peringkat antarabangsa dan berharap dapat mewakili negaranya ke Sukan Olimpik Tokyo, yang merupakan penyertaan kali pertama Diaz.

Akhbar Sepanyol  melaporkan keadaan cuaca yang cerah ketika itu tiba-tiba berubah tanpa dijangka. Ketika kejadian, bapa saudaranya, Beto Diaz berada bersamanya.

Menurut bapa saudaranya, Diaz baru pulang dari Mexico dengan penerbangan awal dan setibanya di El Savador, dia memutuskan untuk menghabiskan masa selama beberapa jam dengan meluncur.

Dalam pada itu, Persatuan Luncur Air Antarabangsa dalam satu kenyataan berkata:

"Sebagai duta sukan global, Katherine sentiasa mencerminkan kegembiraan dan tenaga yang menjadikan sukan luncur air begitu istimewa dan disukai ramai.''

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad