web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Maut Dalam Kejadian Tembakan Di New York

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 12:10PM

10 orang maut manakala 3 lagi cedera dalam serangan bersenjata oleh seorang lelaki di Buffalo, Amerika Syarikat pada Sabtu. - Tangkap layar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - 10 orang maut selepas ditembak oleh seorang remaja berusia 18 tahun di sebuah pasar raya di bandar Buffalo, pada Sabtu, dengan serangan bermotif perkauman, menurut pihak berkuasa.

Penyerang, yang memakai topi keledar dan peralatan taktikal telah ditahan selepas serangan berkenaan, kata pesuruhjaya polis Buffalo, Joseph Gramaglia pada sidang media.

Gramaglia memberitahu, seramai 10 orang maut manakala tiga lagi cedera.

Penyerang menembak empat orang di parkir kereta pasar raya Tops, dengan tiga daripada maut, sebelum memasuki pasar raya itu dan melepas tembakan, kata Gramaglia.

Antara yang maut di dalam pasar raya itu adalah bekas pesara polis yang berkerja sebagai pengawal keselamatan.

Apabila polis tiba ditempat kejadian, penembak mengacukan senjata ke lehernya namun kemudian menyerah diri, tambahnya.

Dalam pada itu, ejen khas FBI Buffalo, Stephen Belongia, pada sidang media memaklumkan kejadian itu disiasat sebagai jenayah kebencian.

''Kami menyiasat insiden ini sebagai jenayah kebencian dan jenayah ekstremisme ganas,'' kata Belongia.

Sementara peguam daerah Erie Countym John Flynn, berkata, penembak itu menggunakan "senjata serangan", iaitu istilah yang boleh digunakan untuk senapang dan senapang patah di New York, namun tidak menjelaskan jenis senapang yang terlibat.

Pejabat Flynn dalam ciapan di Twitter pada Sabtu memaklumkan, suspek dikenalpasti sebagai Payton Gendron dari Conklin, New York, dihadapkan di mahkamah atas tuduhan membunuh yang membawa hukuman penjara seumur hidup tanpa parol. Dia kini ditahan tanpa ikat jamin. - AFP

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar