web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Maut Ditembak Di Sebuah Pasar Raya Di AS

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 12:17PM

Pegawai SWAT berjaga di luar pasar raya King Soopers di Boulder, Colorado pada 22 Mac. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BOULDER - Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas ditembak oleh seorang lelaki di sebuah pasar raya di Colorado.

Antara yang meninggal dunia ialah pegawai polis Eric Talley, yang merupakan anggota polis pertama tiba di tempat kejadian di pasar raya King Soopers.

“Kami tahu 10 orang meninggal dunia di tempat kejadian termasuk salah seorang adalah anggota polis Boulder. Tally orang pertama berada di tempat kejadian dan dia ditembak mati,” kata ketua polis Maris Herold.

“Saya hampir dibunuh kerana ingin membeli air soda dan kerepek kentang”

Strim langsung terdahulu menunjukkan seorang lelaki berkulit putih pertengahan umur,  tidak memakai baju dan kelihatan berlumuran darah telah ditahan oleh polis serta dibawa keluar dari pasar raya itu.

Suspek yang ditahan itu satu-satunya orang yang “mengalami kecederaan serius,” kata  komander polis, Kerry Yamaguchi tanpa mengesahkan lelaki dalam video itu adalah suspek.

Dalam pada itu, saksi di dalam pasar raya tersebut memberitahu mereka mendengar beberapa das tembakan sebelum melarikan diri melalui pintu belakang.

“Saya hampir dibunuh kerana ingin membeli air soda dan kerepek kentang.

“Naluri kami pada masa itu adalah untuk melarikan diri dan kami saling bantu-membantu antara satu sama lain.

“Saya tidak tahu kenapa orang lain tidak melarikan diri, mungkin kerana mereka tergamam. Saya kesal yang perkara ini berlaku,” kata Ryan Borowski, yang berada di dalam pasar raya tersebut dan mendengar lapan das tembakan sebelum melarikan diri, kepada CNN.

Colorado sebelum ini pernah mengalami dua insiden tembakan terkenal dalam sejarah AS.

Pada 1999, dua remaja lelaki membunuh 12 rakan sekelas dan seorang guru di Sekolah Tinggi Columbine sebelum membunuh diri.

Manakala pada 2012, seorang lelaki bersenjata masuk ke sebuah panggung wayang telah melepaskan tembakan di Aurora dan membunuh 12 orang.

Dia kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah, Kata KPN

2

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Mexico: 20 Lelaki Bersenjata Serang Pusat Renang, 7 Maut

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Ajal Selepas Bermain Mahjung, Warga Emas Maut Ditembak

4

Luar Negara 5 tahun yang lalu

Kerana Dendam, Lelaki Lepaskan Tembakan Di Klinik Kesihatan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad