web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konvoy Besar Ketenteraan Russia Dilihat Di Utara Kyiv

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 11:03AM

Gambar satelit oleh Maxar menunjukkan konvoi tentera Russia berkumpul di Khilchikha, Belarus. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Konvoi ketenteraan besar Russia yang memanjang sejauh 40 batu telah dikesan oleh sebuah syarikat satelit Amerika Syarikat (AS) di bahagian utara ibu negara Ukraine, Kyiv yang telah berjaya mematahkan beberapa serangan.

Gambar Satelit yang dibekalkan oleh Maxar, sebuah syarikat AS, menunjukkan konvoi itu - yang mula berkumpul sejak Ahad - telah berkembang menjadi deretan kenderaan tentera sepanjang 40 batu.

Maxar berkata “sepanjang jalan itu sesetengah kenderaan dijarakkan dengan jauh, manakala di bahagian yang lain unit dan kelengkapan ketenteraan bergerak seiring sebanyak dua hingga tiga kenderaan”.

“Beberapa rumah dan bangunan kelihatan terbakar di bahagian utara dan barat laut Ivankiv, berdekatan dengan jalan di mana konvoi itu bergerak,” tambahnya.

Maxar berkata satelitnya juga merakam gambar “penambahan tentera darat dan unit helikopter serangan darat” di selatan Belarus, kurang 20 batu di utara sempadan dengan Ukraine.

Sejak bermulanya penjajahan Russia pada Khamis, tentera Ukraine telah mempertahankan jalan yang menuju ke pusat bandar Kyiv daripada serangan oleh tentera Russia yang berkumpul di sekeliling ibu kota itu.

Mengikut sumber AFP Moscow sedang bersiap sedia untuk melancarkan operasi ketenteraan baharu tidak lama lagi.

Laman Facebook Kakitangan Am Tentera Ukraine, berkata yang tentera Russia sedang berkumpul sejak 24 jam yang lalu dan sedang mengumpul kenderaan berperisai, artileri dan senjata “untuk mengepung dan mengawal Kyiv dan bandar-bandar utama lain di Ukraine”. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Arah ATM Siasat Kegiatan Tidak Bermoral Di Kem Tentera

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar