web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Britain Pertahankan Vaksin Oxford-Astrazeneca, Ia `Selamat, Efektif'

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 11:43AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan Britain mempertahankan vaksin Oxford-Astrazeneca selepas Denmark menggantung penggunaannya dan menegaskan ia akan terus digunakan.

"Kami telah menjelaskan bahawa ia adalah selamat dan efektif. Apabila orang ramai diminta datang dan mengambilnya, mereka patut melakukannya dengan penuh keyakinan.

"Malah anda mula menyaksikan hasil program vaksin dari segi (lebih rendah) jumlah kes di seluruh negara, jumlah kematian, jumlah yang dimasukkan ke dalam hospital," kata jurucakap Perdana Menteri Britain, Boris Johnson kepada wartawan.

Britain memulakan program besar-besaran vaksin yang pertama di dunia bagi membendung coranavirus pada Disember, disokong dengan penggunaan vaksin  Oxford-AstraZeneca dan dari Pfizer-BioNTech.

Pihak berkuasa kesihatan Denmark telah menggantung sementara penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca berikutan segelintir pesakit mengalami masalah pembekuan darah selepas menerima suntikan.

Jurucakap Britain memaklumkan bahawa Denmark menekankan tidak ada kaitan yang pasti antara vaksin dan darah beku.

Empat negara Eropah yang lain iaitu Estonia, Latvia, Lithlcuania dan Luxemburg turut menggantung penggunaan vaksin dari kelompok berkenaan, yang dihantar ke 17 negara Eropah dan mengandungi satu juta suntikan.

Ditanya sama ada penasihat perubatan dan sains kerajaan Britain ada berhubung dengan Denmark, jurucakap Downing Street berkata, ia adalah `amalan biasa' bagi pakar-pakar untuk bertukar maklumat dengan negara luar. - AFP

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad