web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hartawan Air Mineral China Kini Lelaki Terkaya Asia

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 1:43PM

Gambar ini dirakamkan pada 6 Mei 2013, menunjukkan Zhong Shanshan memberi ucapan pada sidang media di Beijing. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING – Tidak ramai yang mengenali hartawan dari China ini, Zhong Shanshan yang membina kekayaannya atas permintaan rakyat negara itu yang `dahagakan' air mineral dalam botol berpenutup merah.

Namun Zhong, seorang individu yang suka menyendiri, diangkat sebagai lelaki terkaya di Asia susulan penyenaraian saham syarikat air mineralnya, Nongfu Spring dan penyenaraian berasingan syarikat farmaseutikal Wantai Biological Pharmacy Enterprise, yang membekalkan kit ujian COVID-19.

Nilai bersih Zhong telah meningkat ke RM350 bilion, sekali gus menjadikan beliau sebagai lelaki ke-7 terkaya di dunia, lapor Hurun Report  yang mengumpul senarai individu kaya dan berpangkalan di China, minggu lalu.

Media di China menggelarkan Zhong “serigala tunggal” kerana beliau jarang membuat penampilan di khalayak ramai dan selalu mengelak dari ditemubual. Beliau telah mengumpul kekayaan terpantas dalam sejarah, mengikut Bloomberg.

Beliau menjadi usahawan China yang pertama tersenarai dalam kedudukan 10 paling kaya di dunia tahun ini, tidak jauh di belakang pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan pelabur dari Amerika Syarikat, Warren Buffett.

Boleh tahan untuk seseorang yang berhenti sekolah pada umur 12 tahun di tengah pergolakan politik Revolusi Kebudayaan China pada 1966-1976.

Zhong pernah menjadi pekerja binaan, tukang kayu dan wartawan, mengikut media negara tembok besar itu.

Beliau mengasaskan Nongfu Spring pada 1996 dan masih memiliki 84 peratus saham dalam syarikat itu. Mengikut firma kajian pasaran Mintel, Nongfu Spring memiliki lebih 1/4  pasaran air berbotol di China tatkala rakyatnya menghindari daripada minum air paip kerana bimbang akan tahap kebersihan.

Berbeza dengan pengasas Alibaba iaitu Jack Ma, tidak banyak yang diketahui tentang Zhong. Beliau telah memotong Ma untuk menduduki tahta sebagai lelaki terkaya di China.

“Saya tidak suka disanjung.

“Saya tidak suka membuang masa untuk minum-minum dengan sesiapa pun,” katanya dalam satu temu bual dengan media China merujuk kepada budaya perniagaan yang menggalakkan makan dan minum berlebihan untuk mendapatkan projek.  

Di samping Nongfu, yang disenaraikan di bursa Hong Kong tahun lepas, Zhong juga pemegang saham terbesar dalam Wantai, yang disenaraikan di bursa Shanghai.

Ujian pantas COVID-19 syarikat itu dapat memberi keputusan dalam masa 75 minit dan membekalkan lebih 10 juta kit.

Wantai juga sedang bekerjasama dengan sebuah universiti untuk membangunkan satu vaksin semburan hidung COVID-19.

Wantai adalah cabang biopharma Kumpulan Yangshengtang, sebuah syarikat perubatan yang diasaskan Zhong tiga tahun sebelum Nongfu, pakar dalam penyakit berjangkit dan dikatakan pangkalan pengeluaran terbesar di Asia untuk reagen diagnostik HIV.

Menerusi penyenaraian saham kedua-dua syarikat itu, Zhong menjadi antara individu yang mengasaskan lebih daripada satu syarikat bernilai RM41 bilion. - AFP

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad