Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


COVID-19: Thailand Siap Sedia Hadapi Gelombang Baharu

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 8:18AM

Pekerja industri pelancongan beratur untuk menjalani ujian saringan COVID-19 di Jalan Khao San di Bangkok, pada 6 Januari lalu. - Gambar 2022

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Berikutan kes COVID-19 terus meningkat, Thailand kini bersiap sedia menghadapi gelombang baharu jangkitan.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, negara itu mencatatkan 8,511 kes baharu dan 12 kematian, menjadikan jumlah jangkitan dalam negara 2,269,550 kes dan 21,825 kematian setakat ini.

Kes COVID-19 dilihat meningkat dengan ketara selama enam hari berturut-turut.

Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha mengarahkan semua gabenor wilayah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Wilayah untuk menguatkuasakan sekatan COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan mengikut kesesuaian untuk membendung COVID-19.

"Perdana Menteri juga mengarahkan semua kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan untuk menggerakkan petugasnya di tengah-tengah lonjakan kes," kata jurucakap Kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana.

Bagi menguruskan peningkatan kes di Bangkok,  Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) melakukan persediaan untuk membuka 41 kemudahan kuarantin komuniti dengan jumlah katil yang boleh menempatkan kira-kira 5,100  pesakit. 

Selain itu, Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang mengarahkan semua 50 pejabat daerah untuk mengetatkan kawalan di tempat berisiko termasuk pusat hiburan. 

Beliau  juga mengarahkan pejabat daerah membuat persiapan yang perlu termasuk pengangkutan untuk membawa pesakit COVID-19.

“Pejabat daerah diarah menubuhkan Pusat Operasi Kecemasan di Bangkok untuk memantau situasi varian Omicron yang sangat mudah berjangkit,” katanya.

Kementerian Kesihatan Awam turut menyeru orang ramai tampil mendapatkan vaksin penggalak.

Pejabat kesihatan Nonthaburi menawarkan suntikan penggalak vaksin COVID-19 ketiga dan keempat secara percuma kepada sejumlah penduduk Thailand pada 13 dan 14 Januari.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Chaichan Changmongkol berkata pihak berkuasa keselamatan memperketat kawalan sempadan bertujuan mencegah penyeberangan sempadan secara haram, dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

“Tentera akan menubuhkan pusat operasi kecemasan COVID-19 sekiranya berlaku wabak di wilayah,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Politik 18 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 18 jam yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan