web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan Omicron Indonesia Meningkat Kepada 318 Kes

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 8:24AM

Seorang petugas kesihatan melakukan ujian saringan COVID-19 di Hospital Zainoel Abidin di Banda Aceh pada 24 Ogos 2021. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Varian baharu COVID-19 Omicron kian merebak di Indonesia, apabila jumlah kes positif meningkat kepada 318 selepas 57 orang lagi dijangkiti virus itu setakat Jumaat.

Kes baharu itu membabitkan 50 jangkitan import dan tujuh jangkitan tempatan, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Dr Siti Nadia Tarmidzi dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata terdapat 23 kes penularan tempatan dan 295 kes membabitkan pelancong luar negara sejak Disember 2021 hingga 7 Januari.

Kebanyakan kes dikesan pada pengembara sudah lengkap divaksin yang pulang dari Turki dan Arab Saudi, manakala 4.3 peratus daripada yang dijangkiti mempunyai komorbiditi seperti diabetes mellitus dan hipertensi.

Memandangkan peningkatan kes, kerajaan menghalang pelawat dari 14 negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Norway, Perancis, Angola, Zambia, Zimbabwe, Malawi, Mozambique, Namibia, Eswatini, Lesotho, United Kingdom dan Denmark.

Sekatan itu juga terpakai kepada pengembara antarabangsa yang transit melalui negara itu dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Jumlah COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 4,265,187 setakat 7 Jan, dengan 518 kes baharu, melepasi paras 500 dalam dua hari lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik