web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Myanmar Isytihar Gencatan Senjata Hingga Akhir Februari

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 8:18AM

Hun Sen (kiri) berjumpa dengan Min Aung Hlaing di Naypyidaw. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Jeneral Min Aung Hlaing, pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar yang memerintah, mengisytiharkan gencatan senjata ketika bertemu dengan Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen yang melawat Nay Pyi Taw pada 7 Januari.

Min Aung Hlaing memaklumkan Hun Sen bahawa kerajaan Myanmar sebelum ini telah mengisytiharkan gencatan senjata selama lima bulan dengan semua Pertubuhan Bersenjata Etnik (EAO) sehingga akhir Februari 2022, dan kini memutuskan untuk melanjutkannya sehingga akhir 2022.

Demikian menurut laporan Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja.

Min Aung Hlaing juga menyeru semua pihak menerima gencatan senjata itu demi kepentingan negara dan rakyat, menamatkan semua tindakan keganasan dan bertenang sepenuhnya, tambah kenyataan itu.

Di pihak Hun Sen, beliau sangat menyokong langkah itu yang bertujuan meredakan ketegangan dan membolehkan dialog membina dalam kalangan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mencapai keamanan berkekalan dan pembangunan negara, kata kenyataan itu.

Min Aung Hlaing berkata beliau mengalu-alukan penyertaan Duta Khas ASEAN ke Myanmar untuk menyertai rundingan gencatan senjata dengan EAO.

Menurut VNA, kedua-dua pemimpin itu turut menyokong pertemuan dengan pihak berkepentingan seperti Duta Khas ASEAN ke Myanmar dan Setiausaha Agung ASEAN, termasuk untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Myanmar.

Mereka berkata adalah amat penting menyediakan mekanisme dan kemudahan yang sesuai untuk program vaksinasi COVID-19 serta pemberian bantuan kemanusiaan yang berkesan kepada orang yang memerlukan tanpa diskriminasi.

Kemboja bertanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan Perdana Menterinya Hun Sen menjadi pemimpin asing pertama melawat Myanmar sejak rampasan kuasa Februari 2021.

Lawatan dua hari beliau bertujuan mencari penyelesaian bagi menamatkan krisis politik yang sedang berlaku di Myanmar sejak rampasan kuasa itu - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Gencatan Senjata Sementara Lebih Banyak Bawa Musibah - Anwar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad