web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Cinta Itu Buta', Mangsa Serangan Asid Kahwin Dengan Penyerangnya

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 3:33PM

Berfin berkahwin dengan Casim, pada awal bulan ini. - Gambar New York Post

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang wanita di Turki, mendapat kritikan hebat daripada orang ramai selepas mengambil keputusan untuk mengahwini penyerangnya, yang juga bekas kekasihnya, atas alasan cinta.

Berfin Ozek, 20, telah diserang oleh Casim Ozan Celtik, 23, selepas hubungan mereka berakhir pada awal 2019.

Akibat serangan dengan asid itu, Berfin mengalami kecederaan parah dengan mata hampir buta dan wajahnya melecur teruk, meninggal parut kekal.

Mengimbas semula insiden tersebut, sejurus sebelum serangan itu, Casim memberitahu Berfin bahawa jika dia tidak boleh memiliki gadis itu, maka tiada siapa yang akan mendapatnya.

Selepas Berfin mendedahkan kepada polis bahawa Casim yang melakukan jenayah terbabit, lelaki itu ditangkap polis dan ketika dalam lokap, dia dilaporkan berulang kali mengutus mesej cinta dan permohonan maaf kepada Berfin.

Pada saat itu, Berfin bersetuju untuk menarik laporan polis.

''Saya tidak selesa kerana dia di dalam penjara. Kami telah mengutus surat. Saya sayangkannya dan dia sayangkan saya,'' katanya.

Bagaimanapun selepas menerima kecaman hebat dari media sosial, Berfin kemudiannya memberitahu dia salah dan meminta peguamnya supaya meneruskan laporan terbabit.

Akhirnya, Casim dipenjarakan 13 tahun dan enam bulan oleh mahkamah di Turki, namun disebabkan perubahan undang-undang dan COVID, lelaki itu dibebaskan lebih awal.

Casim kemudiannya terus melamar gadis tersebut dan mereka berkahwin pada awal bulan ini.

Sementara bapa Berfin, Yasar Ozek, terkejut dengan keputusan berkenaan dan enggan menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

''Saya berjuang dengannya selama bertahun-tahun dan kini semuanya musnah,'' katanya.

Pasangan itu bagaimanapun masih belum menjawab kritikan yang dilemparkan kepada mereka menerusi media sosial. - Daily Mail

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad