web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penunjuk Perasaan Antikerajaan Thailand Ingkar Perintah Larangan Berhimpun

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 8:57AM

Penunjuk perasaan membuat bising dengan mengetuk periuk dalam satu perhimpunan antikerajaan di Bangkok semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Penunjuk perasaan antikerajaan kembali turun ke jalanan semalam sekali gus mengingkari perintah baharu yang melarang perhimpunan awam di Bangkok dan wilayah berhampiran.

Mereka berkumpul di tiga lokasi pada sebelah petang dan mengulangi tuntutan agar perubahan politik dilakukan termasuk pengunduran Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, pembubaran Parlimen, pindaan Perlembagaan serta reformasi monarki. 

Selain itu, mereka menggesa pihak berkuasa berkaitan membebaskan empat pemimpin tunjuk perasaan yang didakwa mengikut Seksyen 112 Kanun Keseksaan negara itu, yang turut dikenali sebagai lese-majeste kerana menghina monarki dalam demonstrasi tahun lepas serta pemansuhan Seksyen 112 Kanun Tatatcara Jenayah.

Pengumuman baharu yang melarang perhimpunan awam itu disiarkan dalam Warta Diraja pada Jumaat dengan menamakan enam wilayah iaitu Bangkok, Samut Prakan, Samut Songkhram, Nonthaburi, Nakhon Pathom dan Pathum Thani.

Mereka yang melanggar perintah itu berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun dan/atau denda RM5,334.

Menurut Bangkok Post, Komander Ibu Pejabat Angkatan Bersenjata Diraja Thailand yang ditugaskan menangani kecemasan berkaitan keselamatan Jeneral Charlempol Srisawat telah mengeluarkan perintah itu bagi mengekang penularan COVID-19.

Sementara itu, tunjuk perasaan di Mahkamah Jenayah di Jalan Ratchadapisek berakhir pada kira-kira 9 malam (waktu tempatan).

Bagaimanapun, tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku.  

Ahad lepas, tunjuk perasaan di luar berek tentera di mana terletaknya kediaman Prayuth di Bangkok bertukar ganas apabila polis melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Sejumlah 33 orang termasuk anggota polis cedera dalam tunjuk perasaan antikerajaan itu manakala 22 individu ditahan susulan insiden tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran