web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Jemaah Umrah Thailand Positif Varian Omicron

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 2:42PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Lapan jemaah Thailand disahkan positif varian Omicron selepas pulang dari Mekah, Arab Saudi.

Terdapat dua kumpulan jemaah tiba masing-masing satu di Bangkok dan Phuket dan kesemua mereka ditempatkan di kemudahan kuarantin sejurus ketibaan.

Penasihat Chularatchamontri-Thailand, Preeda Chueaphudee berkata seramai 30 warga Thailand pulang menunaikan umrah dan tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 15 Dis.

Beliau berkata semua jemaah menjalani kuarantin wajib di sebuah hospital di Bangkok.

“Keputusan ujian COVID-19 menunjukkan tujuh sampel positif varian Omicron.

“Kesemua lapan kes Omicron adalah kes import dan pesakit sedang menjalani kuarantin. Jadi, orang ramai tidak perlu panik,” katanya.

Sementara itu, pegawai kesihatan awam Phuket, Dr Kusak Kukiatkul berkata  seorang jemaah umrah Thailand yang tiba di Phuket disahkan positif varian Omicron selepas pulang dari Mekah pada 13 Disember. 

Beliau berkata lima daripada 137 jemaah yang tiba di Phuket disahkan positif COVID-19.

Katanya, pesakit yang mempunyai gejala ringan atau tidak bergejala dibenarkan pulang tetapi  di bawah pengawasan rapat.

Bagaimanapun, pada 17 Disember, beliau berkata keputusan ujian penjujukan genom menunjukkan satu daripada lima pesakit COVID-19 positif varian Omicron.

Sementara itu, ketua pejabat kesihatan daerah Pattani, Dr Anurak Sarapap mengesahkan lelaki itu kembali dari Mekah dan kemudian meneruskan perjalanan ke Pattani.

“Ia kes Omicron pertama di wilayah itu. Pesakit itu kini dirawat di Hospital Khok Pho di Pattani,” katanya.

Sementara itu, media melaporkan penduduk tempatan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap penduduk tempatan yang pulang dari Malaysia melalui sempadan darat.

Justeru, pihak berkuasa telah meningkatkan penguatkuasaan di sepanjang sempadan.

Bangkok Post melaporkan kira-kira 57 rakyat Thailand yang pulang dari Malaysia sedang menjalani kuarantin.

“Tiada kes Omicron dikesan dalam kalangan mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad