web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Makanan Kucing Dari Ulat Sutera Janjikan Pendapatan Lumayan

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 1:36PM

Seorang petugas memeriksa tin sampel makanan kucing yang mana ramuan asasnya adalah ulat sutera. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIAOLI - Seekor kucing jingga menjilat sisa makanan di misainya tanpa berasa geli terhadap ramuan juadahnya -  pupa ulat sutera.

Lima belas penghuni Kafe Kucing Mao Thai Thai di Taiwan adalah antara penguji rasa sukarelawan mencuba makanan kucing yang dibangunkan oleh pakar ulat sutera.

Menggunakan hasil sampingan pengeluaran sutera, para ahli sains berkata makanan itu menghapuskan bakteria dalam usus yang memudaratkan.

Ia juga mengurangkan bau busuk najis kucing.  

“Mereka lebih bertenaga dan bau busuk najis juga kurang, ia lebih daripada saya jangkakan,” kata pengurus kafe itu Rosa Su.

Makanan itu hadir dalam pelbagai perisa normal - tuna dan ikan badeng, daging dan ayam - tetapi protein utama dalam bahan itu adalah ulat sutera.  

Tetapi ia tidak mengganggu kucing-kucing Su, yang mengerumuninya, tidak sabar untuk menjamu selera.

Pasukan penyelidikan berkata kebanyakan pemilik kucing yang mengambil bahagian dalam percubaan ini memberikan maklum balas positif.

Di Pusat Penyelidikan Pertanian dan Stesen Sambungan Miaoli, di mana makanan itu dicipta, ratusan ulat bulu dikumpulkan dalam dulang ketika sedang makan dedaun mulberi.

Fasiliti ini menempatkan 136 jenis ulat sutera yang berbeza dari seluruh dunia.

Pupa adalah peringkat pertengahan dalam kitaran hayat mereka, apabila mereka membentuk kepompong untuk beralih daripada larva kepada dewasa.

“Apabila melihat ulat sutera, kita akan fikirkan fabrik sutera.

“Tetapi serangga jinak ini boleh digunakan dalam banyak cara yang lain,” kata penyelidik Liao Chiu-hsun kepada AFP sambil menghiris bahagian atas kepompong sutera dengan berhati-hati untuk mengeluarkan belatung coklat yang menggeliat.

Pupae ini kaya dengan protein, lemak dan mineral, tetapi pasukan Miaoli juga telah membangunkan teknik untuk meningkatkan kandungan protein imun untuk membunuh bakteria yang memudaratkan dalam perumah.

Memberi tekanan kepada ulat sutera dan membuat mereka berasa dalam bahaya bermakna ia akan menghasilkan lebih banyak protein ini di dalam kepompong, yang akan dituai dan dijadikan makanan kucing.

Penggunaan bahan buangan yang inovatif ini boleh menjadi  talian hayat bagi petani ulat sutera Taiwan.

Dahulu kala jumlah petani ini dalam ratusan, tetapi sekarang hanya tinggal dua yang masih beroperasi.

Hsu Wei-chun, 30, petani generasi ketiga, berkata menternak serangga itu untuk semata-mata menghasilkan fabrik tidak lagi menguntungkan.

Dedaun Mulberi digunakan untuk membuat teh, dan kepompong boleh digunakan dalam kosmetik.

“Daya saing kami datang dari keupayaan untuk menggunakan segala-galanya.

“Kami tidak mengsia-siakan apa-apa pun untuk mengurangkan kos,” jelas Hsu.

Pasaran makanan haiwan peliharaan di Taiwan memberikan peluang yang lumayan - pemilikan haiwan semakin menaik dan ekonomi di sekelilingnya bernilai lebih daripada AS$1 bilion.

Satu tin makanan kucing ulat sutera itu dijual dengan harga RM10.12, sedikit lebih daripada harga purata manakan tin basah.

Kedai haiwan peliharaan di Korea, Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat telah menyatakan minat dalam produk ini. - AFP

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Jomlah Ke Taiwan, Biarpun Kecil Namun Banyak Yang Menanti

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cubaan Wujudkan Hab Panggilan Gagal, 4 Penjenayah Warga Taiwan Ditahan

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Dinobatkan Juara Terbuka Taipei 2023

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Taiwan Rampas Serbuk Protein Mengandungi Bahan Pengawet Terlarang

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad