web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dera Amah, Bekas Duta Besar Filipina Ke Brazil Kena Tindakan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 12:00PM

Marichu Mauro - Gambar dari vivapinas.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas Duta Besar Filipina ke Brazil, Marichu Mauro yang dirakamkan mendera dan menganiaya pembantu rumahnya, telah dipecat dari perkhidmatan.

“Saya menandatangani dokumen yang mengesahkan keputusan itu. Keputusan hukuman adalah pemecatan dari perkhidmatan," kata Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam perutusannya menerusi televisyen.

Menurut Duterte, arahan pemecatan itu disertakan dengan hukuman tambahan seperti pembatalan kelayakan, pelucutan faedah persaraan dan hilang kelayakan dari memegang jawatan awam.

Mauro telah dipanggil pulang ke Filipina pada bulan Oktober tahun lepas selepas diperintahkan menjawab tuduhan berhubung penderaan fizikal terhadap amah terbabit.

Perkara itu terbongkar selepas portal berita Globo News memuatnaik rakaman CCTV yang menunjukkan Mauro berulang kali mendera pembantu rumah berusia 51 tahun itu 

Malah dalam satu insiden, beliau dirakamkan mencampakkan sehelai kain ke muka pembantu rumahnya dan menarik telinga wanita itu hingga ke tahap wanita berkenaan menangis.

Mauro telah dipanggil pulang ke Filipina pada Oktober tahun lepas untuk memberikan penjelasan berhubung tuduhan penderaan fizikal itu sementara amah berkenaan, yang meninggalkan Brazil pada bulan Oktober tahun lepas telah mendapat bantuan daripada agensi kerajaan yang berkaitan. - PNA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad