Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemimpin Pengganas Maut Dalam SeranganTentera Filipina

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 10:33AM

Salahuddin Hassan, pemimpin kumpulan Daulah Islamiyah, terkorban dalam operasi bersama tentera dan polis Filipina di Maguindanao. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANILA - Tentera Filipina pada Jumaat memaklumkan telah membunuh pemimpin tertinggi kumpulan Daulah Islamiyah, Salahuddin Hassan yang disyaki melakukan beberapa siri serangan maut di selatan negara itu.

Salahuddin Hassan meninggal dunia dalam pertempuran dengan tentera Talayan, wilayah Maguindanao pada awal pagi Jumaat, kata tentera dalam taklimat kepada media.

''Salahuddin Hassan, juga dikenali sebagai Orak, pemimpin keseluruhan Daulah Islamiyah-Filipina dan paling dikehendaki, telah dibunuh oleh pasukan keselamatan semasa menjalankan operasi bersama tentera dan polis di Sitio Pinareng, Barangay Damablac, Talayan, Maguindanao awal pagi hari ini, 29 Oktober 2021,” kata ketua Divisyen Infantri Ke-6 Tentera Darat dan Komander Pusat Pasukan Petugas Bersama, Mejar Jeneral Juvymax Uy.

Beliau menambah, isteri Salahuddin, Jehana Mimbida, yang dilaporkan menguruskan kewangan kumpulan itu, turut terbunuh ketika mereka cuba mengelak daripada ditangkap. Mayat mereka ditemui bersama senapang dan kelongsong peluru.

Dikenali juga sebagai Abu Salman dan Abu Saif, Salahuddin dan kumpulannya dipertanggungjawab atas pengeboman, peras ugut dan serangan lain di Mindanao Tengah antara 2007 dan 2015.

Dia dilatih oleh pembuat bom Filipina yang telah terbunuh, Basit Usman dan Zulkifli Abdhir, atau Marwan dari Malaysia, yang merupakan antara mereka yang paling dikehendaki di Asia Tenggara.

Tentera memaklumkan, kumpulan Salahuddin juga terlibat dalam pengeboman bas transit luar bandar Maramag Bukidnon 2014, yang mengakibatkan 11 orang terbunuh, dan pengeboman pasar malam di Davao City, pada September 2016.

Ia mengakibatkan 14 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera. Pada 2018, kumpulan itu bertanggungjawab dalam pengeboman berkembar yang mengorbankan lima orang awam dan mencederakan 40 yang lain di bandar Isulan di wilayah Sultan Kudarat. - Arabnews.com

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Sukan 6 jam yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran