web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Sekatan Di Krabi, Phang-Nga dan Phuket Dilonggarkan

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 7:59AM

Pelancong mengambil kesempatan program ‘tourism sandbox areas’ yang dilaksanakan kerajaan untuk mengunjungi Phuket. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Mulai Isnin, Bangkok dan tiga destinasi pelancongan Krabi, Phang-Nga dan Phuket di bawah ‘tourism sandbox areas’ atau 'zon biru' akan menyaksikan perintah berkurung waktu malam ditarik balik dan kedai makan dibenarkan menghidangkan minuman beralkohol. 

Walaupun pub dan bar serta pusat hiburan kekal ditutup tetapi kebanyakan sekatan ke atas perniagaan dan aktiviti rekreasi akan ditarik balik sebagai persediaan Thailand menyambut kedatangan pelancong lengkap vaksinasi COVID-19 dari 46 negara dan wilayah berisiko rendah mulai 1 November. 

Pelonggaran sekatan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) semalam.

Jurucakap CCSA Dr Taweesin Visanuyothin, berkata CCSA memutuskan untuk mengurangkan jumlah ‘zon merah gelap’ daripada 23 kepada tujuh iaitu Chanthaburi, Tak, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla.

“Dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di ‘zon merah gelap’, perintah berkurung dari 11 malam hingga 3 pagi tetap dilaksanakan,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Sehingga kini, Thailand merekodkan 1,893,941 kes COVID-19 dan 19,070 kematian.

Sementara itu, Prayuth menggesa orang ramai dan perniagaan supaya mematuhi langkah pencegahan COVID-19 bagi memastikan pembukaan semula negara yang selamat, bermula Isnin.

Thailand akan menyambut kedatangan pelawat lengkap vaksinasi mulai 1 November dari 46 negara dan wilayah berisiko rendah termasuk Malaysia, dengan pengecualian kuarantin. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar