web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Qiyadat Global, Program Perkasa Wanita Arab Saudi

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 7:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIYADH - Program Kepemimpinan Global-Georgetown Qiyadat, satu inisiatif bersama Arab Saudi-Amerika Syarikat (AS), akan mengadakan majlis tamat pengajian untuk kelompok pertama 200 siswazah wanita menerusi usaha memperkasakan kepemimpinan dalam kalangan kaum hawa itu.

Majlis graduasi itu akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Isnin, (25 Oktober 2021), lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). 

Ia bakal dianjurkan bersama Qiyadat Global dengan kerjasama McDonough School of Business, Universiti Georgetown di AS bagi menghargai graduan dari lebih 20 negara yang mengikuti program daripada pelbagai lapangan merangkumi swasta, sektor awam dan badan bukan kerajaan. 

Graduan berkenaan sudah menamatkan pelbagai program akademik membabitkan kemahiran memimpin dan membuat keputusan, pengurusan penstrukturan semula organisasi serta prestasi organisasi selain aspek kemampuan berinteraksi dengan pihak berkepentingan.

Bidang kewangan umpamanya, mempunyai paling ramai graduan iaitu sebanyak 16 peratus, diikuti pendidikan (14 peratus),  penjagaan kesihatan (12 peratus), tenaga (10 peratus), kimia (enam peratus), teknologi (lima peratus) serta media dan komunikasi (3.5 peratus), menurut SPA.

Kelayakan pelajar semasa kemasukan pula, ijazah sarjana muda sebanyak 42 peratus; sarjana (47 peratus); Doktor Falsafah ( sembilan peratus); dan sijil perubatan (dua peratus).

Kerjasama Qiyadat Global, Arab Saudi, dan Universiti Georgetown melalui Jabatan Pendidikan Khas, diiktiraf sebagai mendalam dan amat penting serta bertepatan dengan sejarah hubungan dua pihak berkenaan dalam usaha memperkasa wanita.

Program itu yang membabitkan perkongsian Arab Saudi-AS, adalah suatu usaha sektor swasta dalam menyediakan prgram latihan kepemimpinan untuk wanita.

Sementara itu, bagi pihak siswazah, mereka berterima kasih dan gembira berjaya menamatkan program itu meskipun berdepan cabaran akibat pandemik COVID-19.

Program itu dianggap sebagai suatu sumbangan langsung terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), yang disepakati pemimpin dunia pada September 2015, di bawah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Universiti Georgetown, yang ditubuhkan pada 1789, yang terletak di Washington DC, AS mempunyai 10 fakulti selain mempunyai sebuah kampus di Qatar. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 16 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar