web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arab Saudi Tolak Laporan AS Isu Pembunuhan Khashoggi

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 2:55PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEDDAH - Arab Saudi menolak sepenuhnya laporan yang dikeluarkan Kongress Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa Putera Mahkota Mohammed Bin Salman telah meluluskan rancangan untuk membenarkan pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi, pada 2018.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan pada Jumaat menyifatkan laporan terbabit adalah 'negatif', 'palsu' dan tidak dapat diterima.

''Pemerintah Kerajaan Arab Saudi menolak sepenuhnya penilaian dalam laporan yang berkaitan dengan kepemimpinan negara dan laporan itu mengandungi maklumat serta kesimpulan yang tidak tepat.

''Kerajaan telah mengambil langkah perlu menerusi sistem undang-undang bagi memastikan mereka yang terlibat disiasat sepenuhnya dan memastikan keadilan terlaksana.

``Malangnya laporan ini, yang tidak adil dan kesimpulan yang tidak tepat, dikeluarkan ketika kerajaan telah mengecam jenayah keji ini, dan kepimpinan negara sudah mengambil langkah yang diperlukan bagi memastikan tragedi seumpama itu tidak berulang,'' kata kenyataan tersebut.

Jamal Khashoggi yang menetap dalam buangan di AS sebelum ini lantang mengkritik polisi Putera Mohamad Bin Salman menerusi kolumnya dalam Washington Post.

Beliau telah dibunuh ketika mengunjungi bangunan konsulat di Istanbul, Turki.

Putera Mohammed Bin Salman bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan Khashoggi. - Arab News

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad