web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Restoran Islamic Sambut Ulang Tahun Ke-100, Agih 2,021 Nasi Beriani Percuma

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 1:47PM

Gambar dari Berita.mediacorp.sg

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA – Restoran nasi beriani pertama Singapura, Restoran Islamic, yang akan menyambut ulang tahun ke-100 pada bulan April ini akan mengagihkan 2,021 bungkus beriani ayam secara percuma kepada petugas barisan hadapan di enam hospital dan orang awam mulai 31 Mac ini.

Menurut pemilik generasi ketiganya, Kalilnoor Rahaman Abdul Wahab, apa yang dilakukan itu adalah sebagai usaha untuk “menyumbang kembali kepada anggota masyarakat” dan sebagai tanda terima kasih di atas sokongan mereka selama ini.

“Memang saya perlu mengucapkan terima kasih kepada mereka (pelanggan). Saya ada pelanggan (tetap) daripada sebelum saya dilahirkan lagi.

“Ada (pelanggan) yang berusia 70 tahun, ada juga berusia 80 tahun. Jadi mereka ini adalah pelanggan yang saya hargai. Saya harus ucapkan terima kasih kerana menyokong kami sepanjang tempoh ini,'' katanya yang dipetik dari berita.mediacorp.sg.

Kalilnoor bagaimanapun berkata, beliau masih belum memikirkan cara pengagihan terbaik yang dapat mematuhi langkah-langkah jarak selamat dek pandemik COVID-19.

Sambutan ulang tahun satu dekad restoran yang diasaskan oleh datuknya itu merupakan satu detik penting dalam sejarah keluarga Kalilnoor memandangkan jarang sekali terdapat restoran yang mampu bertahan sebegitu lama.

“Saya berasa bangga mencapai detik 100 tahun ini. Perjalanannya tidak sentiasa mudah. Sentiasa ada masa-masa sukar. Tetapi kami cuba menanganinya dan mengharungi masa-masa sukar itu,” kata Kalilnoor.

Gambar dari Berita.mediacorp.sg
Gambar dari Berita.mediacorp.sg

Beliau mengambil alih perniagaan keluarganya itu daripada bapanya, Abdul Wahab M. Abdul Rahman, pada tahun 1990.

Ditanya apakah resepi kejayaan Restoran Islamic yang terletak di 745 North Bridge Road itu, Kalilnoor berkata terdapat dua sebab mengapa restoran tersebut mampu bertahan.

“Pertama, adalah mutu makanan. Kedua, adalah perpaduan dalam keluarga. Jadi saya percaya akan dua sebab utama ini.

“Saya suka menghidangkan makanan kepada pelanggan dan produknya juga tepat. Datuk saya cipta resepi yang formulanya menjadi. Saya tidak perlu tukar apa-apa.

“Saya melakukan R&D (kajian dan pembangunan) di Jerman selama tiga bulan untuk memahami bagaimana resepi 100 tahun ini boleh dimasak menggunakan kaedah moden.

“Inilah salah satu sebab kami dapat bertahan. Cara masak juga senang. Tekan butang 1, 2 dan 3. Ini salah satu sebab mutu makanan kami sangat konsisten setiap hari,” kata Kalilnoor yang membesar di Kampung Gelam.

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar