web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rampasan Kuasa Di Guinea: Semua Rakyat Malaysia Selamat

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 1:34PM

Rakyat Guinea bersama anggota tenteranya meraikan kejayaan menumbangkan presiden Alpha Conde, susulan rampasan kuasa di Conakry. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua rakyat Malaysia di Guinea dilaporkan selamat susulan ketidakstabilan politik di negara itu akibat rampasan kuasa tentera, pada Ahad.

Kedutaan Malaysia di Conakry, Guinea, memaklumkan buat masa ini terdapat 12 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan, termasuk pegawai kedutaan dan anggota keluarga mereka.

“Sebelas daripada 12 rakyat Malaysia yang berdaftar kini berada di Guinea, sementara seorang telah pulang untuk bercuti di Malaysia dua minggu lalu.

"Semua dilaporkan selamat," menurut kedutaan menerusi satu kenyataan kepada Bernama.

Pemimpin sebuah unit tentera yang menggulingkan dan menahan Presiden Alpha Condé, Kolonel Mamady Doumbouya, dilaporkan berkata isu "kemiskinan dan endemik rasuah" menjadi antara punca pasukannya bertindak menyingkirkan Condé.

Menerusi televisyen negara, unit tentera itu mengumumkan bahawa mereka telah membubarkan kerajaan dan Parlimen, manakala unit yang lain belum memberikan komen secara terbuka.

Mengulas mengenai keadaan semasa di Guinea, kedutaan memaklumkan keadaan masih tenang dan terkawal, setakat berita ini ditulis.

“Pasukan peralihan dikenali National Rally and Development Committee (CNRD) kini sedang mengadakan mesyuarat dengan menteri kerajaan, dan beberapa ahli politik.

"Setakat ini, tidak ada protes dilaporkan berlaku," tambahnya.

Ditanya mengenai akses terhadap keperluan asas di Guinea, menurut kedutaan semua rakyat Malaysia mempunyai keperluan asas mencukupi di kediaman masing-masing.

Menurut kenyataan itu lagi pasar raya, bank dan pasar terpaksa menutup perniagaan mereka pada Ahad dan mungkin sehingga Isnin.

Bagaimanapun, kebanyakan peniaga jalanan dan kedai runcit di kawasan sekitar beroperasi seperti biasa.

Buat masa ini, perjalanan rentas sempadan keluar masuk dari Guinea melalui udara telah disambung semula manakala untuk sempadan darat masih ditutup.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti sebarang perkembangan terkini di akaun Twitter dan Facebook Kedutaan

Guinea, bekas jajahan Perancis, mencapai kemerdekaannya pada 1958. Ia mempunyai penduduk sekitar 13.5 juta orang serta kaya dengan sumber mineral tetapi masih menjadi satu daripada negara termiskin dunia. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad