web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sanggup Tersiksa Demi Minatkan 'Naga'

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 3:13PM

Joshua Burns menanam silikon di dahi untuk kelihatan seperti tanduk - Gambar Daily Mail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CANADA – Gara-gara mahu kelihatan seperti seekor 'naga', seorang lelaki sanggup membelah lidahnya menjadi bercabang, mengukir corak sisik pada kulitnya dan menyuntik dakwat ke dalam matanya supaya mirip dengan raksasa dongeng tersebut.

Malah, Joshua Burns, 30, yang berasal dari Vancouver juga menjalani pembedahan kosmetik untuk memotong kedua-dua cuping telinga, mewarnakan lidah menjadi ungu serta menanam ‘tanduk-tanduk’ silikon ke dalam dahinya.

“Saya mahu menjadi 100 peratus seperti naga dan mencipta rekod dunia sebagai seorang yang mempunyai paling banyak tatu dan mengubahsuai badan,” kata Joshua yang menghabiskan RM64,055.48 untuk menjalani pelbagai jenis pembedahan kosmetik.

Selain itu beliau juga bercadang untuk mencacah tatu pada gusi dan alat kelaminnya.

“Saya selesa dengan keadaan badan saya sekarang ini. Setiap kali saya mencacah tatu baru atau membuat pengubahsuaian badan, saya berasa lebih yakin dan gembira,” ujar Johsua.

Sejak kecil lagi Joshua memang tertarik dengan haiwan reptilia. Dia pernah berkerja dengan kumpulan sarkas sewaktu remaja dan turut menjadi penghibur jalanan.

Selepas meninggalkan rumahnya pada umur 18 tahun, Joshua mencacah tatu pertamanya yang berupa jantung naga di dadanya.

Dia juga membelah lidahnya selepas takjub melihat rakannya yang berbuat sedemikian.

“Saya mahu jadi macam itu kerana reptilia berlidah cabang. Saya tidak rasa ia memudaratkan.

“Saya amat gembira dengan hasil pembedahan tersebut,” katanya.

Teman wanitanya, Tristan Risk, 40, turut menyokong minat Joshua dalam pengubahsuaian badan.

“Saya memang menggemari naga, jadi saya suka dan sokong minat Joshua.

“Kadang-kadang saya berasa pelik dan gelisah apabila ramai yang memandang setiap kali kami keluar bersama. Tapi saya anggap mereka curiga dengan kami.

“Semua orang berhak untuk meluahkan rupa luaran mereka seiring dengan rupa dalaman. Asalkan, tiada siapa yang tercedera, semua orang patut buat apa yang menggembirakan mereka,” kata Tristan. – Daily Mail 

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad