web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Salah Maklumat, YouTube Padam Sejuta Video

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 12:56PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih sejuta video yang mengandungi 'maklumat salah yang merbahaya tentang COVID-19' telah dipadamkan daripada YouTube sejak pandemik virus Corona bermula, kata Ketua Pegawai Produk syarikat itu, Neal Mohan.

Kenyataan daripada Neal, itu disiarkan tatkala syarikat media sosial dikritik oleh barisan pemimpin politik kerana dikatakan gagal untuk membendung penularan maklumat salah tentang virus tersebut.

Menurut Neal, pemadaman video-video itu adalah berdasarkan “nasihat daripada pakar-pakar daripada organisasi kesihatan” termasuk Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Bagaimanapun, beliau menambah dalam sesetengah kes, sukar untuk YouTube mengenalpasti kesalahan maklumat disebabkan penemuan baru tentang virus COVID-19.

“Sejak Februari 2020, kami telah memadamkan lebih daripada sejuta video yang berkaitan dengan maklumat salah tentang virus Corona seperti ubat penawar virus tersebut.

“Tatkala dunia dibelenggu pandemik global ini, kami memohon agar semua orang perlu lebih peka dan melengkapi diri mereka dengan maklumat yang tepat bagi menjaga keselamatan keluarga mereka.

“Pemadaman video secara segera akan sentiasa menjadi fokus kami tetapi kami sedar bahawa pendekatan itu tidak mencukupi,” kata Neal.

Tambahnya lagi, apa yang penting untuk YouTube buat masa ini adalah dengan menambah kandungan video-video yang baik sambil mengurangkan video-video yang tidak bagus.

“Kami akan memastikan apabila pengguna mencari berita atau maklumat, mereka akan diberi hasil carian yang berkualiti berbanding sensasi,” tegas Neal. – AFP, 27 Ogos 2021.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 minit yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad