web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 60 Maut, Letupan Bom Gegarkan Lapangan Terbang Kabul

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 8:45AM

Lebih 60 penduduk Afghanistan terkorban dalam letupan bom di Kabul. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KABUL - Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh manakala 140 lagi cedera dalam dua letupan bom di luar Lapangan Terbang Kabul, ketika penduduk Afghanistan memenuhi kawasan berkenaan untuk melarikan diri selepas Taliban mengambil alih pemerintahan di negara bergolak itu.

Menurut Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, 12 anggota tenteranya terkorban sementara 15 lagi cedera. 

Letupan bom yang dilakukan pengebom bunuh diri itu, berlaku menjelang 31 Ogos, iaitu tarikh akhir untuk tentera AS mengundurkan diri dari Afghanistan.

Menyifatkan anggota tentera di Afghanistan sebagai wira dan turut berkongsi kesedihan atas kematian mereka, Presiden AS, Joe Biden berikrar untuk memburu pihak yang bertanggungjawab dalam serangan terbabit.

''Kita tidak akan memaafkan, kita tidak akan lupa, kita akan buru mereka,'' katanya pada sidang media di White House.

Biden berkata, proses pengunduran akan diteruskan dan misi membawa keluar warga Amerika serta sekutu mereka akan dteruskan.

''Saya juga mengerahkan komander saya untuk merancang operasi bagi menyerang aset, kepimpinan dan kemudahan ISIS. Apa yang anda perlu tahu, ISIS tidak akan menang,'' katanya.

Negara barat sebelum ini memberi amaran akan kemungkinan serangan di lapangan terbang dalam tempoh-tempoh akhir pengunduran itu.

Lapangan Terbang Kabul turut dipenuhi orang ramai yang mahu melarikan diri dari kumpulan Taliban, yang mendapat semula kuasa pada awal bulan ini.

Kedutaan AS di Kabul pada Rabu pula menggesa warganya supaya tidak menghampiri lapangan terbang.

Manakala kerajaan asing termasuk Jepun, telah menerbangkan pesawat untuk membawa keluar warga mereka dari negara bergolak itu sementara beberapa negara Eropah dan Kanada sedang menyelesaikan operasi pemindahan atau merancang untuk melakukannya sebelum tarikh akhir 31 Ogos ketika tahap keselamatan berhampiran lapangan terbang semakin kritikal. - Kyodonews


 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad