web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Uniknya Durian Dan Pelbagai Padanan Rasanya

Tahukah anda bahawa durian mengandungi satu sebatian yang dinamakan 'tryptophan' yang boleh membuatkan seseorang rasa tenang dan gembira. Patutlah musim durian saja, rakyat Malaysia semua jadi bersemangat!

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 9:03AM

Gambar Hiasan oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buah berduri ini dengan isinya yang tebal menguning sering kali dikaitkan dengan baunya yang cukup mengancam.

Bagi mereka yang tidak biasa, seperti keluarga saya dari seberang laut, dikatakan bahawa baunya mirip campuran bau bawang, keju dan ada juga yang kata baunya mengingatkan mereka dengan bau stokin busuk.

Namun bagi rata-rata penggemar durian, baunya yang cukup unik inilah antara faktor yang mengujakan setiap kali musimnya datang.

Selain daripada baunya, inti durian yang teksturnya disamakan dengan kelikatan kastad mempunyai pelbagai rasa bergantung kepada species atau kultivar.

Ada yang manis berkirm, ada pula yang pahit berkaramel atau yang beraroma badam panggang. Kepelbagaian bau berdasarkan kultivar durian juga berubah mengikut kematangan buah tersebut.

Ini semua menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam pelbagai cara masakan savori dan manis selain daripada dijamah begitu sahaja.

Pelbagai jenis durian. Gambar hiasan
Pelbagai jenis durian. Gambar hiasan

 

Nutrisi Buah Durian

Antara kebimbangan yang datang daripada konsumsi durian secara berlebihan adalah disebabkan oleh kandungan gula dan lemak semula jadi yang tinggi dalam buah ini.

Namun, sekiranya dimakan secara sederhana, buah ini sememangnya satu sumber tenaga yang baik serta kaya dengan serat yang penting untuk sistem penghadaman yang sihat.

Tambahan pula, durian juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti buah-buahan lain yang dikaitkan dengan sistem imuniti badan, kekuatan tulang dan membantu mencegah pelbagai jenis penyakit seperti masalah jantung, kanser dan juga masalah tekanan darah.

Buah durian juga mengandungi satu sebatian yang dinamakan tryptophan yang boleh membuatkan seseorang rasa tenang dan gembira. Patutlah musim durian saja, rakyat Malaysia semua penuh semangat!

 

Padanan Pelik Tetapi Sedap

Walaupun sering kali dijamah begitu sahaja, durian juga boleh digunakan dalam pelbagai masakan dan manisan dengan padanan rasa yang berbeza dan kekadang pelik.

Bagi saya, sekiranya intinya dijamah mentah, lebih sedap untuk sejukkan sedikit dulu ataupun dibekukan sedikit untuk memberikan tekstur seolah-olah aiskrim.

Dalam pembuatan manisan, intinya boleh dikisarkan untuk dibuat puri yang dapat digunakan dalam pembuatan pelbagai jenis kek, kastad, tat, bubur manis mahupun aiskrim.

Ianya juga dapat dibalut dengan lempeng, atau dengan kulit popiah dan digoreng. Di negara kita, sering kali ianya dihidangkan dengan pulut dan santan. Rasanya juga sesuai dipadankan dengan buah manis lain seperti mangga juga. 

Selain daripada itu, antara padanan dengan durian yang saya boleh cadangkan adalah dengan coklat gelap, keju krim (seperti dalam pembuatan kek keju durian) dan juga susu kacang soya (seperti yang terkenal di Singapura di mana mereka membuat tau fo fah berperisa durian).

Di negara Thailand, mereka juga mencampurkan puri durian dengan labu manis. Biji durian pula ada yang direbus dan digoreng seperti cucur.

Durian Crepe. Gambar Hiasan
Durian Crepe. Gambar Hiasan

Lebih Mengejutkan

Sememangnya antara orang paling kreatif bila berdepan dengan durian untuk dimakan dengan makanan savori lain adalah orang Malaysia. Pelbagai cadangan pernah dilontarkan kepada saya dan antara gabungan yang pernah saya cuba dan suka termasuklah:

Nasi goreng - bila diambil sedikit untuk digoreng bersama nasi ianya membawa kepada keharuman yang menarik. Lagi sedap sekiranya, durian itu dijadikan tempoyak dulu.

Sambal- bila dicicah dengan sambal pedas manis. Keseimbangan rasa memenag menggamit selera. Anda juga boleh cuba untuk menjadikannya bahan dalam pembuatan sambal anda. Resipi Sambal Tempoyak Goreng antara cadangan utama saya dalam gabungan kepedasan cili dan durian yang rasanya lemak-lemak manis.

Mi Korea Pedas Jenama ‘S’ - hanya bagi yang betul-betul tahan pedas, logik kombinasi kenapa kombinasi ini sedap adalah sama sahaja dengan padanannya dengan sambal.

Pratha/ Roti Canai - Orang Malaysia sudah lama mencicah roti canai/ pratha dengan pelbagai kondimen lain seperti susu manis. Tidaklah hairan kalau durian juga dapat dipadankan dengan roti canai. Manis lemak seperti susu manis tetapi lagi mengancam baunya.

Coretan saya kali ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan cita rasa saya sendiri yang mungkin tidak kena dengan semua orang, tapi kalau berani cuba sahaja dan berikan maklum balas anda!

Nota:  Bagi mereka yang ada alahan ataupun masalah kesihatan tertentu, sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan anda yang bertauliah sebelum mencuba kombinasi-kombinasi yang dicadangkan. - Getaran, 9 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Rencana 2 tahun yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

2

TARA 2 tahun yang lalu

Anda Penggemar Durian? Ini Gerai Wajib Kunjung Di Sekitar Selangor!

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pusat Agro Sains Durian Relau Perlu DItubuhkan - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Komuniti Perniagaan Malaysia Perlu Bersedia Teroka Pasaran Baharu Di China

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga