web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selamatkah Lapisan Periuk Anda?

Brian Chen berkongsi tentang kepentingan bahan yang dijadikan lapisan perkakas masak-memasak anda.

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 10:26AM

Gambar: Prince, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan keadaan semasa di mana orang ramai masih lagi digalakkan untuk duduk di rumah dan makan di restoran masih tidak dibenarkan, pastinya periuk dan kuali di dapur itu lebih kerap digunakan.

Tidak hairanlah bahawa ramai juga mencari pengganti buat kuali yang sudah 'keletihan' itu ataupun mencari alternatif yang akan mudahkan kerja masak-memasak.

Antara kriteria pemilihan kuali dan periuk yang sering diketengahkan adalah fungsi antilekat supaya dapat mengurangkan penggunaan minyak dan juga memudahkan proses pencucian. 

Gambar Hiasan oleh Teona Swift, Pexels
Gambar Hiasan oleh Teona Swift, Pexels

 

Apakah itu perkakas dapur dengan fungsi antilekat?

Pada awal 1930-an, periuk dan kuali mula-mula disalutkan dengan bahan yang dinamakan polytetrafluoroethylene (PTFE), lebih dikenali sebagai Teflon.

Sebatian kimia sintetik ini yang terdiri daripada elemen karbon dan florin menjadikan permukaan perkakas tidak melekat dan mengurangkan geseran. Namun keselamatan penggunaan bahan ini menjadi satu kebimbangan semenjak 10 tahun lalu.

Antara keraguan yang ditimbulkan adalah penggunaan bahan kimia yang dinamakan perfluorooctanoic acid (PFOA) yang digunakan dalam penghasilan lapisan tidak melekat (PTFE).

Dikatakan hari ini kebanyakan produk dengan lapisan Teflon tidak lagi mengandungi PFOA ataupun mengandungi peratusan PFOA yang sangat rendah setelah didedahkan pada suhu tinggi semasa proses pengilangan.

Gambar Hiasan oleh Cooker King, Unsplash
Gambar Hiasan oleh Cooker King, Unsplash

Namun, kerisauan masih wujud kerana PFOA dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang, kanser hati dan juga menganggu kesuburan.

Dalam kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1999-2000, National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) mendapati bahawa PFOA didapati dalam darah 98% orang yang telah mengambil bahagian dalam kajian ini.

Dengan itu, pada 2006, semua syarikat yang terbabit dengan penghasilan lapisan antilekat yang menggunakan PFOA telah berusaha untuk menghentikan penggunaan sebatian tersebut. Laporan pada 2013, mengisytiharkan bahawa semua perkakas dengan salutan PTFE adalah bebas PFOA. 

Biar apapun, lapisan ini tetap boleh membawa kepada masalah sekiranya dipanaskan pada suhu yang terlalu tinggi (melebihi 300C). Jadi saranannya di sini adalah sekiranya anda memilih untuk menggunakan perkakas yang disaluti PTFE:

  • Pastikan anda elakkan daripada memanaskan perkakas tersebut tanpa apa-apa di dalamnya.
  • Gunakan senduk dan sudip kayu atau silikon untuk elakkan salutan dicalarkan
  • Cuci perkakas ini dengan span lembut
  • Gantikan perkakas sekiranya sudah terlalu lama digunakan dan permukaan perkakas terlalu bercalar atau mula mengelupas.

 

Lapisan Alternatif

Selain daripada lapisan PTFE, di pasaran terdapat pelbagai jenis lapisan fungsi antilekat seperti lapisan seramik dan lapisan galian seperti granite. Walaupun ianya lebih selamat digunakan, sama seperti salutan PTFE, langkah berjaga-jaga harus diambil untuk elakkan kerosakan salutan tersebut.

Gambar Hiasan oleh Dane Deaner, Unsplash
Gambar Hiasan oleh Dane Deaner, Unsplash

Perkakas lain

Terdapat juga di pasaran perkakas lain yang hanya dibuat daripada keluli tahan karat, tuangan terap besi dan juga galian semula jadi seperti tanah liat dan juga bata (stoneware).

Perkakas inilah yang dikatakan paling 'semula jadi' tanpa penggunaan bahan kimia yang berbahaya dalam penghasilannya. Namun, ianya datang pula dengan kelemahan lain seperti keberatan, dan juga permukaan yang melekat (stoneware kurang melekat).

Nasihat

Pilihan perkakas haruslah dilakukan berdasarkan keperluan masing-masing. Akan tetapi, biar apa pun jenis lapisan ataupun jenis buatan perkakas, penjagaan dan penggunaan perkakas dengan sewajarnya harus diamalkan.

Belilah perkakas anda daripada pihak yang dipercayai dan tanyakan cara penjagaan dan penggunaan perkakas tersebut sebelum membuat pilihan dan mula menggunakannya. - Getaran, 26 Julai 2021

Sumber

S.K. Biswas, Kalyani Vijayan,Friction and wear of PTFE — a review, Wear,Volume 158, Issues 1–2, 1992,Pages 193-211.

Steenland K, Woskie S. Cohort mortality study of workers exposed to perfluorooctanoic acid. Am J Epidemiol. 2012 Nov 15;176(10):909-17. doi: 10.1093/aje/kws171. Epub 2012 Oct 18. PMID: 23079607.

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Nelayan Labuan Selamatkan Telur Penyu, Ikan Lumba-Lumba Terima Pengiktirafan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga