Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Tamak, Ambil Sekadar Perlu

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 10:03AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KETIKA ramai rakyat susah lantaran hilang kerja dan sumber pendapatan akibat tempias pandemik Covid-19, bantuan kepada yang terjejas adalah satu rahmat demi kesinambungan hidup.

Bukan sahaja kerajaan menghulurkan bantuan dalam bentuk barangan dan kewangan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga melakukan perkara sama.

Selain itu pertubuhan sukarela, persatuan seperti persatuan penduduk, malah orang perseorangan juga tampil membantu.

Dengan itu terciptalah beberapa istilah bantuan seperti gerobok makanan, gerobok rezeki, infak surau, infak persatuan, pondok rakyat, food bank. Nama berlainan tetapi fungsi sama.

Lokasinya pula antaranya di masjid dan surau, di pusat kegiatan persatuan penduduk, pusat komuniti, stesen minyak dan mini market tertentu.

Pelbagai barang keperluan asas disediakan di tempat-tempat ini seperti beras, gula, tepung, kicap, minyak masak, biskut, bihun, telur dan sardin.

Barangan yang disediakan memenuhi keperluan makanan dan pemakanan asas harian, serta terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa batas agama dan bangsa. 

Apa yang disediakan adalah untuk seramai mungkin penerima, bukan untuk satu kelompok atau individu tertentu sahaja.

Oleh kerana bekalan makanan yang disediakan terhad, mereka yang datang mengambil agihan mestilah bertimbang rasa dan mengambil sekadar keperluan sendiri. 

Jangan mengambil barangan berlebihan. Ingat, ada orang lain juga memerlukan. Jangan sampai tinggal rak atau almari kosong kerana sifat tamak. 

Tetapi sedihnya inilah yang kerap berlaku di pusat-pusat atau lokasi gerobok makanan ini, terutama yang berkonsep terbuka dan tidak dipantau.

Ada yang datang mengaut sebanyak mungkin barang sehingga mereka yang datang kemudian pulang dengan tangan kosong.

Gerobok makanan terbuka dan tiada kawalan bermaksud penganjur menaruh sepenuh kepercayaan kepada mereka yang datang agar berhati mulia dan jujur dengan mengambil apa yang diperlukan sahaja.

Sayangnya tidak ramai yang bersikap begitu. Kesedaran sivik di kalangan rakyat negara ini masih rendah. Tidak peduli kepada orang lain asalkan mereka dapat banyak.

Sifat tamak inilah yang menyebabkan matlamat menyampaikan bantuan kepada orang ramai tidak tercapai sepenuhnya.

Jika begini keadaannya, walau bekalan ditambah banyak mana pun ia tetap tidak mampu memenuhi keperluan ramai kerana ada yang beranggapan barang berkenaan adalah hak ekslusif mereka.

Mereka datang berkali-kali bila sahaja ada bekalan dan kemudian mengangkut kesemuanya.

Malah mungkin ada yang datang mengambil ini sebenarnya tidak memerlukan kerana mampu membeli sendiri. Tetapi bila ada peluang dapat barang percuma mereka juga tidak mahu ketinggalan.

Di tempat-tempat yang berkawal dan dipantau pun, ada sahaja cara yang digunakan untuk mengelirukan pemantau. Misalnya, mula-mula bapa datang.

Tidak lama kemudian emak pula datang. Selepas itu anak pula datang. Petugas ada kala tidak dapat menyemak satu persatu. Yang datang mesti jujur.

Ada pula yang datang mendapatkan bantuan ini memilih. Misalnya ada beberapa jenama beras yang didermakan oleh orang ramai. Apabila petugas memberi jenis beras tertentu, dia meminta pula jenis lain yang ada di situ. 

Terimalah apa yang diberi oleh petugas dengan penuh kesyukuran. Memilih mengikut citarasa diri bermakna tidak menghargai sumbangan. Ingatlah beras tetap beras.

Tepung atau gula atau sardin atau bihun tetap barang yang sama. Cuma jenama berlainan kerana dikeluarkan oleh syarikat berlainan.  

Sumbangan barang makanan untuk infak adalah ihsan dan amanah daripada pemberi atau penderma untuk dirasai sama rata sama rasa oleh yang benar-benar susah dan memerlukan. Oleh itu yang tidak memerlukan usahlah mengambil barangan yang sepatutnya bukan hak mereka.

Kepada yang memerlukan, ambillah dengan bijaksana dan bertimbang rasa. Kongsilah rezeki yang diberi dengan sebaik-baiknya.

Jangan tamak dan hanya mementingkan diri sendiri. Berkongsilah rezeki agar lebih berkat. Biarlah hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. – Getaran, 15 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi