web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Makanan Dalam Tin, Racun Atau Madu

Makanan tin sering kali dikatakan kurang sihat atau kurang dari segi kandungan nutrisinya berbanding dengan bahan segar atau makanan beku. Sejauh manakah kesemua ini benar?

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 2:30PM

Gambar: Edwin Jose Vega Ramos, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan kes-kes harian COVID yang masih membimbangkan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tetap dilaksanakan, orang ramai disarankan untuk duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya ada hal mustahak.

Walaupun dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan penting seperti bahan-bahan masak, tetapi adalah dinasihatkan untuk membuat perancangan supaya kunjungan ke pasar raya dapat dikurangkan.

Pernah digalakkan pihak berkuasa untuk hanya ke pasar raya seminggu dua sekali. Seperti mana yang kita tahu kebanyakan bahan segar tidak dapat tahan terlalu lama dan juga dengan cuaca panas di negara ini kebanyakan bahan terpaksa disimpan dalam peti sejuk.

Bayangkan jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, tidaklah mungkin untuk menyumbatkan kesemua bahan segar di dalam satu peti sejuk. 

Dengan itu, antara solusi yang dipertimbangkan ramai adalah untuk menggunakan makanan dalam tin. Namun, makanan tin seringkali dikatakan kurang sihat atau kurang dari segi kandungan nutrisinya berbanding dengan bahan segar atau makanan beku.

Ada juga yang mengatakan bahawa makanan tin mengandungi elemen-elemen tambahan yang digunakan untuk mengawet dan memanjangkan jangka hayat makanan dalam tin yang mungkin memudaratkan kesihatan.

Sejauh manakah kesemua ini benar dan apakah cara terbaik memilih dan mengendalikan makanan tin?

Apakah sebenarnya makanan dalam tin?

Pengetinan makanan adalah salah satu cara untuk menyimpan makanan untuk jangka masa yang panjang dengan meletakkan makanan tersebut dalam bekas yang kedap udara.

Proses ini dicipta pada sekitar kurun yang ke-18 sebagai satu cara untuk memastikan askar dan pelayar mempunyai sumber makanan.

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis makanan yang ditinkan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, sup, daging, makanan laut dan juga pelbagai jenis hidangan yang siap dimasak seperti rendang. Secara umumnya, terdapat 3 langkah utama dalam proses pengetinan makanan:

1) Penyediaan Makanan - Bahan makanan dikupas, dihiris, dicincang, dibuang biji/tulang/kulit/cangkerang atau dimasak.

2) Penyimpanan - Makanan yang telah disediakan diletakkan dalam tin dan dikedapudarakan 

3) Pemanasan- tin dipanaskan untuk membunuh bakteria dan elakkan cepat basi.

Adakah pengetinan makanan memberi impak kepada kandungan nutrisi?

Walaupun proses pengetinan makanan sering dikaitkan dengan pengurangan kandungan nutrisi asal, terdapat pelbagai kajian yang membuktikan bahawa ini bukanlah 100% benar.

Kajian dalam American Journal of Public Health and the Nation's Health menyatakan bahawa elemen protein, karbohidrat dan lemak tidak dipengaruhi oleh proses pengetinan.

Kebanyakan zat galian dan vitamin yang larut dalam lemak seperti vitamin A, D, E dan K juga dikekalkan. Namun, oleh sebab proses pengetinan makanan membabitkan pemanasan pada suhu yang tinggi, vitamin yang larut air seperti vitamin B dan C akan terjejas.

Biarpun begitu, vitamin-vitamin ini secara umumnya adalah sensitif terhadap haba dan udara, jadi vitamin-vitamin ini dalam makan segar juga dapat dijejaskan oleh cara masakan biasa di rumah.

Tambahan pula, ada sesetengah jenis makanan seperti tomato dan jagung yang dikatakan akan membebaskan lebih antioksidan bila dipanaskan sebagaimana dilakukan dalam proses pengetinan. 

Kandungan yang memudaratkan?

Dalam kajian Noonan GO, Ackerman LK, Begley TH (2011), 78 makanan tin popular di Amerika Syarikat telah dikaji dan 90% di antara makanan tin tersebut mengandungi BPA. 

BPA (bisphenol-A) adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembungkusan makanan termasuk tin-tin. Kajian tersebut menunjukkan bahawa BPA daripada permukaan tin-tin boleh dipindahkan ke makanan dalam tin.

Buat masa ini terdapat pelbagai kajian bercanggah mengenai pengaruh BPA terhadap kesihatan manusia tetapi sekiranya anda riasu, janganlah terlalu banyak ambil makanan dalam tin. 

Selain daripada BPA, sesetengah makanan dalam tin yang tidak diproses dengan seelok-eloknya boleh mengandungi sejenis bakteria yang dikenali sebagai Clostridium botulinum. 

Pengambilan makanan yang dicemari bakteria ini boleh mengakibatkan penyakit botulisme yang dapat menyebabkan paralisis dan kematian sekiranya tidak diubati.

Namun demikian, masalah ini adalah amatlah jarang dengan makanan yang ditinkan secara komersial dan kebanyakan kes botulisme datangnya daripada makanan yang ditinkan secara persendirian di rumah.

Gula, garam dan pelbagai jenis pengawet juga sering kali digunakan dengan banyak dalam makanan dalam tin. Masing-masing elemen-elemen ini dapat menyebabkan masalah kesihatan sekiranya diambil secara keterlaluan seperti obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kardiovaskular.

Membuat PIlihan

Walaupun makanan dalam tin mempunyai beberapa kelemahan, sekiranya ianya dimakan secara sederhana dan pemilihan dilakukan dengan bijak, ianya boleh menjadi alternatif yang baik apabila makan segar sukar didapati. 

Selain daripada pemilihan tin yang berada dalam keadaan baik, tidak remuk ataupun berkarat, pembacaan label juga harus diutamakan. Elakkan makanan tin yang terlalu tinggi kandungan garam (sodium) atau gula (glukos, sukros, fruktos dan keluarga gula).

Utamakan juga makanan tin yang dilabel bebas perasa, pewarna dan pengawet tiruan yang juga diiktiraf oleh badan berkanun makanan seperti JAKIM. - Getaran, 12 Julai 2021

Sumber

CAMERON, E. J., PILCHER, R. W., & CLIFCORN, L. E. (1949). Nutrient retention during canned food production. American journal of public health and the nation's health, 39(6), 756–763. https://doi.org/10.2105/ajph.39.6.756

Dewanto V, Wu X, Adom KK, Liu RH. Thermal processing enhances the nutritional value of tomatoes by increasing total antioxidant activity. J Agric Food Chem. 2002 May 8;50(10):3010-4. doi: 10.1021/jf0115589. PMID: 11982434. 

Noonan GO, Ackerman LK, Begley TH. Concentration of bisphenol A in highly consumed canned foods on the U.S. market. J Agric Food Chem. 2011 Jul 13;59(13):7178-85. doi: 10.1021/jf201076f. Epub 2011 Jun 7. PMID: 21598963.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga