Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Kenapa Wajib Vaksin?

Wirda Adnan berkongsi pendapat tentang mengapa kita perlu divaksin demi menentang pandemik.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 2:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tarikh 14 Jun 2021, hari yang ditunggu. Akhirnya saya dipanggil untuk divaksin. Saya seorang yang paling takut jarum namun demi keselamatan bukan sahaja saya dan ahli keluarga tetapi orang ramai juga.

Saya ke pasar raya, saya sering bermesyuarat dan bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat, ke tempat riadah, restoran dan sebagainya. Apakah saya mahu membenarkan diri saya dijangkiti virus dahsyat ini atau saya yang secara tidak langsung merebak wabak ini kepada orang ramai?

Saya tidak mahu menjadi insan yang tanpa saya sedari memusnah hidup orang lain. Saya tidak mahu menanggung dosa kerana keangkuhan dan kebodohan diri sendiri.

Terima kasih kepada frontliner, alhamdulilah ratusan yang menunggu tetapi jangka masa saya di tempat vaksin tidak sampai pun 40 minit.

Tabik hormat kepada kumpulan barisan hadapan di IDCC, Shah Alam (AstraZeneca) daripada pengawal keselamatan yang siap membantu (MySejahtera tiba-tiba bermasalah) sehinggakan ke ruang isi borang dan seterusnya.

Syukur rezeki saya juga, menyapa pasangan yang seorang menggunakan kerusi roda, saya diajak bersama-sama mereka dan kurang setengah jam beres. Dan pengalaman ahli keluarga yang lain juga serupa, sempurna sekali. Syabas!  

Alhamdulillah, suami, anak, menantu, mertua dan adik-beradik juga sudah pun divaksin dos kedua.  Lega, walaupun dengan vaksin tidak menjamin seratus-peratus selamat dan terhindar daripada jangkitan COVID-19, sekurang-kurangnya kami telah melaksanakan satu tanggungjawab besar.

Ajal maut ketentuan Allah tetapi kita berikhtiar. Simpang malaikat 44, tidak ke alam barzakh dengan jenazah hanya bertayamum, ahli keluarga tidak dapat menyolatkan, tidak dapat melihat wajah terakhir insan dikasihi, tidak dapat menghantar ke tanah perkuburan.

Hendakkah kita meninggal dunia dengan cara begitu?

Sesungguhnya saya amat tidak faham bila ramai sekali yang tidak mahu mendaftar. Ada yang sudah diberikan tarikh tetapi enggan pergi. Malah ada yang sudah hadir, tetapi entah cerita apa didengari lalu menukar fikiran dan angkat kaki.

Kalau orang kampung yang sekolah setakat darjah enam pun bijak menafsirkan, mahu divaksin secepat mungkin, tetapi ada di kalangan bijak pandai dan belajar sampai ke hujung dunia, anak berderet berjawatan tinggi malah anak sendiri menjadi doktor, jurutera, tetapi mak ayah lebih percaya kepada dongeng Mak Teh. 

Tolonglah kita yang bijak dan arif ni sepatutnya menjadi penasihat bukan meracuni fikiran dengan pelbagai cerita karut. 

Betul ada yang meninggal sebaik divaksin, tetapi jumlahnya satu dalam sejuta. Jadi beritahu mereka yang takut disuntik, katakan inshaAllah tiada kesan sampingan dan katakan kepada mereka sakitnya macam kita cucuk bila demam. 

Ceritakan kepada mereka mengambil darah lagi sakit.

Saya teringat kakak di kampung, berapa ramai kawan-kawannya yang bukan sahaja mereka tidak mahu divaksin, tetapi terusan menakut-nakutkan kawan-kawan yang lain, mengatakan yang divaksin itu senang-senang menyerah nyawa untuk diambil malaikat maut. AllahuAkbar.

Tahukah anda, Malaysia kini mempunyai lebih kurang 32.7 juta penduduk. Sehingga 27 Jun 2021, terdapat kira- kira 7.23 juta dos vaksin telah diberikan, dengan pecahan 5.2 juta untuk dos pertama dan 2.02 juta bagi dos kedua. 

Statistik ini menunjukkan meskipun 22.1% daripada rakyat Malaysia telah mendapatkan dos vaksin yang pertama, hanya 6.17% telah menerima dos yang kedua, satu perbezaan yang agak ketara.

Baru-baru ini juga, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID- 19 Kebangsaan (PICK), Yang Berhormat Khairy Jamaluddin melaporkan bahawa kadar kehadiran dalam kalangan mereka yang berdaftar untuk vaksin adalah kira-kira 80% secara purata, iaitu satu dalam lima orang.

Ini bermaksud Malaysia masih jauh untuk mencapai sasaran 80% penduduk divaksin menjelang akhir 2021. (Status Terkini COVID-19 positif, 30 Jun 2021, jumlah keseluruhan 751,979)

Tabik kepada Habib Jewels yang melancarkan kempen ‘The One Thing’ bagi membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia untuk mendapat mendapat vaksinasi.

Kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib, “Satu cara untuk kita membendung wabak COVID ini adalah memastikan semua rakyat Malaysia menerima vaksin.” 

Habib menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menumpukan kepada satu perkara (one thing), iaitu untuk mendapatkan vaksinasi. 

Di negara lain seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom, lebih kurang 53.37% dan 64.63% penduduk negara tersebut telah pun divaksin sepenuhnya dan peratusan ini berjaya menunjukkan hasil yang positif. 

Ini dilihat apabila penduduk negara-negara ini sedang menuju ke arah kehidupan normal seperti sediakala, berikutan angka kes positif COVID-19 harian yang menunjukkan penurunan yang ketara, termasuk bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital dan penurunan kes kematian akibat wabak tersebut. 

Perkembangan positif ini membuktikan kejayaan program vaksinasi dan kepentingan memvaksin populasi di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Tidakkah anda semua mahu kembali kepada gaya hidup biasa yang lebih normal -- keluar mencari rezeki, pergi dan balik kerja tanpa rasa takut, hari minggu bersama kaum keluarga atau rakan taulan makan-makan dan menonton wayang, berkelah atau menghadiri kenduri-kendara. 

Bila cuti, melancong ke destinasi-destinasi yang mahu diterokai sebelum mati. Keseronokan hidup sudah hampir hilang dengan SOP, social distancing, memakai mask

Tidakkah kamu kasihan pada anak-anak terutama yang kecil terpaksa terperuk di dalam rumah 24/7. Sesetengahnya, di luar pintu kondo terbentang indah kolam renang, tapi mereka tidak pun dibenarkan berenang. 

Ya, kita juga mahu memeriahkan kenduri dan meraikan bakal pengantin dengan mengadakan jamuan dengan menjemput saudara-mara dan sahabat-handai.

Sungguh ramai umat Islam yang rindu ke masjid bersolat jemaah lima waktu dan solat Jumaat. Tidakkah kamu sedih melihat rumah Allah rata-rata sepi dilarang untuk didatangi.

Saya sendiri cukup rindu ke majlis ilmu di masjid dan di rumah kawan-kawan yang sungguh baik hati membuka ruang tamu dijadikan tempat menuntut ilmu. Betul kita berjumpa di alam maya, tetapi manakan sama. 

Berapa hari lagi kita akan menyambut Aidiladha, tidakkah kamu sedih melihat Baitullah yang sekian lama sesak mengerjakan rukun Islam kelima dan jutaan berdoa untuk seluruh umat Islam sejagat dan tiba-tiba lenggang. 

Setiap kali menyebut musim Haji, air mata bercucuran atas nikmat Allah sediakan untuk saya, menjemput saya pada 2018. Cukup untuk membuat saya teramat bersyukur kerana cuma dalam masa tiga minggu sahaja keputusan dibuat, saya sudah berada di Tanah Suci. 

Gambar Fail/ AFP
Gambar Fail/ AFP

Namun masih ada adik-beradik, saudara-mara dan kawan-kawan yang tidak berkesempatan, janganlah kerana pandemik ini mereka akhirnya menutup mata tanpa sempat menunaikan janji Allah memberikan tempat kita kelak di Jannah. 

Berapa lama lagi kita mahu terperuk di rumah?  Berapa lama boleh hidup tidak bekerja dan pendapatan ‘zero’, mengharapkan duit simpanan yang ada, kalau ada? 

Berapa lama lagi mereka yang hilang pendapatan terpaksa menadah tangan memohon diberikan beras dan susu kepada anak mereka. Berapa lama lagi anak-anak kita tidak ke sekolah, ke kolej dan mengharapkan pengajian di rumah, entah belajar entah tidak? 

Berapa lama lagi perniagaan terpaksa ditutup dan kian bertambah kita menyaksikan gerai-gerai, kedai-kedai dan gedung-gedung ditutup rapat. Berapa lama lagi emak ayah terpaksa menanggung anak-anak yang tinggi kelulusan tetapi jobless

Sungguh menyayat hati, sehingga saya takut membuka Facebook sendiri. Kerana tulisan yang keluar ‘Innalillahi wa inna ilaihi rojiun, al-Fatihah’.  Kematian demi kematian dan tidak ada lagi cerita-cerita seronok. 

Tentu ramai sekali mengalir air mata bilamana terbaca seorang ayah terpaksa diserahkan ke balai polis kerana mencuri satu tin susu dan dua ketul roti kerana anaknya tidak makan beberapa hari. 

Dan, yang paling dahsyat, tidak sanggup mata merenungnya badan yang tergantung. Ya, kes gantung diri kian bertambah. Menakutkan, kerana 60 peratus yang membunuh diri adalah Melayu!  “Average of four suicide cases every day for the first three months of the year,” kata Tan Sri Dr. Noor Hisham. 

Sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada 2020 iaitu 631 kes berbanding 609 kes pada 2019 dan sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri dilaporkan kepada PDRM.

Siasatan PDRM mendapati, masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan menjadi antara punca utama mangsa membunuh diri.

Seorang wanita, (pembaca WM) menghubungi memuntahkan isi hati penderitaan yang dialami. Katanya mereka baru berkahwin dan selepas berkahwin, suami di buang kerja, sedangkan dia pun hanya kerja jual baju online (dan siapa membeli baju di masa-masa begini.) 

Tinggal bersama sang ibu, (ibu yang sebenarnya tidak merestui perkahwinannya tetapi disebabkan dia hendak juga, si ibu mengalah). 

Bila begini, si ibu mendesak minta anak bercerai. Suami pula akibat kehilangan kerja menjadi murung, terperuk di bilik tidak keluar-keluar, mogok lapar dan sebagainya. Dan dia, hati siapa perlu dijaga? Dan dia, perut juga sudah berisi. 

Si emak bertambah benci, lebih-lebih bisnesnya sendiri terhenti menuduh sang menantu membawa sial pada keluarganya hari ini. “Saya pun rasa hendak bunuh diri,” katanya. AllahuAkbar.

Saya surrender. Nak dibantu lebih-lebih saya pun ketidakcukupan, sekadar nasihat dan mohon kepadaNya untuk melepaskan kita semua daripada pandemik  ini.

Pandemic calls us out! Extend help and be your own Superhero!

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Banyak doa kita dikabulkan-Nya. Kian ramai insan-insan mulia muncul di kalangan kita. Menderma dan bersedekah, wang ringgit khasnya juga tenaga. Mereka yang sanggup ke sana ke mari mencari orang yang menderita hidup. 

Pengasas Malakat Grocer, Malakat Mall, Encik Fadzil Hashim misalnya menghantarkan pesanan, “Kami terima dengan tangan terbuka, sesiapa yang hilang kerja dan tiada pendapatan, ambil makanan mengikut keperluan, percuma.” 

Masjid-masjid diadakan ruang ‘Food Bank’/ ‘Gerobok Rezeki’ untuk mereka yang memerlukan. “Ambillah secukupnya supaya keluarga tidak kelaparan.” 

Selain masjid, stesen-stesen minyak seperti Shell umpamanya juga mengadakan ‘bank makanan’ mereka. Juga ratusan NGO yang tidak kurang memberikan pelbagai sumbangan. 

Individu-individu seperti Ebit Liew yang tidak putus-putus meneruskan usaha berbakti kepada rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama. Kempen Kibarkan Bendera Putih satu usaha murni, jangan malu menggantungkan bendera putih kiranya keadaan terdesak. 

Jom kita turut serta membantu yang tidak bernasib baik ini.

Sahabat-sahabat saya seperti Datuk Seri Rozita (Rosz Ong, pernah berkata, “To help others in need is to help yourself”),  Datin Nik Sarina, Rafiza dan Rahman, Suhara, Melinda Looi, Neelofa, Datin Vivy Yusof antaranya yang pantas menghantar berlori-lori bantuan makanan sana sini dan keperluan lain. 

MashaAllah mulianya hati mereka.

Daripada ibnu Abbas RA, Rasulullah bersabda, ‘Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan' (Hadis Riwayat at-Tabrani, hadis sahih.)

‘Ya Allah, kurniakan kepada kami jiwa yang  tenang dan tenteram. Hiasi diri dengan rasa syukur, sabar dan redha di atas ketentuanMu. Ya Allah, tambahkan lagi rezeki kami supaya akan terus membakti sehingga ke akhir hayat kami nanti.’ - Getaran, 3 Julai 2021



Semua gambar hiasan: Gambar Fail

 

Isu Pada

Siti Saleha Suka Jadi ‘Scammer’

03 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 2 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz