web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berita Baik Datang Dalam Pakej Kecil

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 10:00AM

Suria bersama keluarga memeriksa sumbangan barang keperluan di yang diterima di penempatan sementara Dewan Serbaguna Flat Seri Johor, Cheras. - Gambar oleh Sairien Nafis

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua minggu lalu, saya menulis di ruangan ini bahawa Malaysia dahagakan berita baik.

Ini kerana pertarungan 15 bulan dengan wabak COVID-19, keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kemelut politik telah mematahkan hati dan semangat ramai rakyat Malaysia.

Ada yang sudah hampir putus harapan menunggu sinaran yang akan mengubah hidup mereka.

Minggu lalu Channel News Asia melaporkan tentang warga Johor Bahru yang kini terpaksa tinggal di bawah khemah di jalanan.

Ada antara mereka ini kehilangan pekerjaan di Singapura. Apabila duit simpanan sudah kering, tiada lagi tempat untuk dituju kecuali tepi jalan. 

Mujur ada badan kerajaan dan bukan kerajaan yang menolong mereka. Yayasan Kebajikan Suria Permas di Johor Bahru telah memberi bantuan makanan kepada golongan yang tidak bernasib baik ini.

James Ho, pengasas badan itu, dipetik berkata: “Kelaparan satu masalah yang harus ditangani dan kita mesti membantu menangani masalah ini sebaik yang boleh.”

Di Kuala Lumpur, kisah sedih keluarga pesara tentera Prebet Suria Mohamad Hassan, yang terpaksa tinggal bawah jejantas di Jalan Loke Yew bersama isteri dan anak-anak sejak dua tahun lalu, menjadi tumpuan.

Kisah sedih bekas tentera yang pernah menyertai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bosnia berakhir dengan berita baik setelah pihak berkuasa berkata keluarga tujuh beranak itu akan ditempatkan sementara di rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras.

Keputusan ini diambil sementara menunggu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyediakan flat secara sewa beli untuk didiami Prebet Suria sekeluarga secara kekal. 

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau juga telah berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bagi menyegerakan perpindahan rumah buat keluarga itu.

Prebet Suria, 58, merupakan penerima Pingat Jasa Malaysia. Namun, beliau hanya menerima pencen sebanyak RM1,100 sebulan.

Beliau kini akan menerima bantuan dari Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Jabatan tersebut akan tolong ubahsuai gerai buahnya dan memberikan bantuan sara hidup RM300 sebulan, bermula bulan ini.

Rabu lalu, saya telah mengetengahkan semangat kejiranan penduduk di Taman Tun Dr Ismail di laman berita Twentytwo13.

Mereka ini telah membantu penduduk di Sungai Penchala setelah sebahagian kawasan itu diletakkan bawah kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Mereka yang tinggal di kawasan itu dan juga kejiranan lain seperti Mutiara Damansara dan Mont Kiara, telah menyumbang sebanyak RM17,933 kepada ‘Tabung Prihatin PKPD Sg Penchala Kuala Lumpur’

Sebanyak 110 bakul makanan, yang antara lain dipenuhi ayam segar, sayur, telur, susu, biskut, mee segera dan sardin, telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas pada hari Isnin.

Penulis ada bertanyakan pengerusi persatuan penduduk Taman Tun Dr Ismail, Abdul Hafiz Abu Bakar tentang kesusahan yang dialami penduduk di kawasan lain dan meminta pandangannya tentang apa yang boleh dilakukan oleh masyarakat setempat untuk memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Abdul Hafiz mengakui walaupun wang mampu menggerakkan banyak benda, yang lebih penting ialah mempunyai semangat mahu menolong.

“Kita harus menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada dengan sebaiknya dan carilah jalan yang terbaik untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik sekarang ini,” katanya.

Penulis juga mengenali beberapa individu yang telah menggunakan wang sendiri untuk membantu mereka yang ditimpa kesusahan.

Ternyata, berita baik tidak selalunya besar dan lumayan.

Sesuap nasi, sebakul makanan mahupun kata-kata hikmah mampu memberi harapan dan sinaran yang diperlukan ramai di saat ini.

Pokoknya, berita baik yang diidamkan mampu diraih walaupun pakejnya kecil. - Getaran, 25 Jun 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 tahun yang lalu

Malaysia Harus Segera Selesaikan Kemelut Buruh Untuk Bangkit Semula

2

Kolum 4 tahun yang lalu

Mencari Sumber Makanan Alternatif Tatkala Harga Ayam, Makanan Meningkat

3

Kolum 4 tahun yang lalu

Apa Guna Ada Telefon Di Pejabat Kerajaan Jika Tiada Yang Menjawab

4

Kolum 4 tahun yang lalu

Tentera Dan Banjir: Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Kolum 22 jam yang lalu

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

oleh Chan Hon Ying