web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tentera Dan Banjir: Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 12:14PM

Anggota ATM menjalankan misi menyelamat mangsa-mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, minggu lepas. - Gambar Sadiq Asyraf

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semenjak dua minggu yang lepas pelbagai pihak termasuk pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggalas tanggungjawab tanpa mengira penat lelah untuk menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.

Pihak ATM antara agensi pertahanan yang terawal sekali masuk ke kawasan yang ditenggelami air untuk membantu mereka yang terjejas terutama di beberapa kawasan di Lembah Klang semenjak 17 Disember lalu.

Selain menyelamat, pihak ATM juga membantu memasak, mengagihkan makanan serta barang sumbangan kepada mangsa banjir, memberi bantuan kesihatan dan kini terlibat dalam operasi membersihkan kawasan serta rumah yang terjejas akibat banjir.

Walaupun bukan barisan hadapan sewaktu menangani bencana seperti banjir, pihak ATM seringkali menjadi pihak pertama dan terakhir yang akan menggalas tanggungjawab membantu orang awam.Pihak tentera sering kali bekerja di sebalik takbir, tanpa publisiti atau mengharapkan apa-apa balasan.

Pihak ATM antara yang terawal memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. - Gambar Sadiq Asyraf
Pihak ATM antara yang terawal memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. - Gambar Sadiq Asyraf

Namun sejak akhir-akhir ini, pihak ATM 'terpaksa' berkongsi gambar-gambar anggotanya bekerja di medan banjir di media sosial susulan ada pihak yang mendakwa tidak melihat kelibat tentera membantu sewaktu bencana melanda.

Sudah menjadi lumrah untuk anggota tentera bekerja menurut arahan yang diberi. Namun, mereka juga harus mengambil tindakan proaktif dalam menjamin keselamatan serta keamanan dan kesejahteraan rakyat jelata.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mungkin tidak disangka, namun difahamkan ramai dalam kalangan anggota juga terjejas akibat banjir, di mana rumah dan harta-benda mereka turut musnah. Namun mereka masih keluar 'bertempur di medan' membantu mereka yang lebih memerlukan bantuan.

Kebajikan dan pembelaan untuk anggota tentera sudah lama menjadi isu yang sering dibangkitkan.

Dari berek dan fasiliti yang usang ke kehidupan serba daif setelah bersara, ini adalah antara rintihan mengenai kehidupan anggota tentera negara ini.

Undi tentera bukan lagi 'fixed deposit' buat parti politik. Pilihan raya Melaka bulan lalu menjadi contoh terbaik. Timbalan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad tewas dalam 17 daripada 18 saluran mengundi di kalangan anggota tentera di Sungai Udang.

Sewaktu pembentangan bajet tahunan, seringkali kedengaran berbilion ringgit diperuntukkan untuk mempertingkat kesiagaan aset utama ATM dan menggantikan peralatan utama. Namun persoalannya adakah agihan untuk menjaga kebajikan dan tempat tinggal anggota mencukupi?

Cukupkah sebenarnya peruntukan yang disediakan untuk menaiktaraf bukan sahaja bangunan sedia ada tetapi juga kelengkapan pejabat anggota tentera? Patutkah anggota mengeluarkan duit sendiri untuk membeli kerusi di pejabat mereka?

Kementerian Pertahanan telah mengatakan bahawa aspek kebajikan warga ATM akan diberi keutamaan. Adalah diharapkan ia akan berterusan dan tidak terjejas jika berlaku pertukaran kerajaan.

Ada yang juga yang bertanya apa sebenarnya tugas anggota tentera kerana Malaysia negara aman dan damai?

Pokoknya, sama ada mereka menjaga sempadan negara, berada di hutan belantara, lautan yang bergelora, memantau ruang udara, bertugas di negara asing, mahupun menolong mangsa banjir, cukuplah sekadar mengatakan anggota tentera kita sebenarnya telah banyak berjuang dan berbakti kepada negara.

Namun, bagi yang tak kenal atau memilih untuk tidak kenal, amat sukar untuk membuatkan mereka menghargai ATM. - Getaran, 31 Disember 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pegarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Kolum 1 minggu yang lalu

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

3

Kolum 1 minggu yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga