web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Dahagakan Berita Baik

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 10:00AM

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemelut politik dan pertarungan selama 15 bulan dengan wabak COVID-19 telah mematahkan hati dan semangat ramai rakyat Malaysia.

Pergolakan politik, penggantungan Parlimen dan keadaan ekonomi yang tidak menentu telah meletakkan tanda tanya yang besar mengenai hala tuju negara.

Peningkatan kes COVID-19 di kalangan kanak-kanak, angka kematian yang semakin meningkat dan masalah kelewatan pembekalan vaksin juga turut merunsingkan orang ramai.

Ada yang sudah kehilangan kerja dan ada yang risau akan kehilangan punca pendapatan di hari-hari yang akan datang.

Majikan dan ahli perniagaan juga tidak tahu berapa lama lagi boleh bertahan kerana kos operasi tetap berjalan walaupun perniagaan tidak ke mana.

Pokoknya, Malaysia dahagakan berita baik.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, 16 Jun ini.

Mesyuarat ini adalah atas inisiatif Al-Sultan Abdullah sendiri dan akan dipengerusikan baginda. Ia juga akan berlangsung setelah pemimpin tertinggi politik Malaysia selesai berjumpa baginda.

Perbincangan yang akan diadakan berkaitan dengan usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat. Ada desas-desus yang menyatakan bahawa ia juga mungkin berkaitan dengan pembentukan kerajaan interim atau Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Harapan rakyat jelata tidak kira status hanyalah satu - stabiliti.

Malaysia memerlukan berita baik di saat ini. Akan adakah perkhabaran yang mampu menenangkan hati rakyat yang semakin gelisah ini?

Istana Negara sudah pasti akan mencuri tumpuan 16 Jun ini. - Getaran, 11 Jun 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

4

Politik 2 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara