web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siapa Lebih Berhak Ke Olimpik, Jurulatih Atau Pegawai Persatuan?

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 10:00AM

Pingat-pingat yang akan digunakan pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jawapan buat tajuk kolum ini sepatutnya mudah. Jurulatih yang seharusnya bersama atlet ke temasya sukan terbesar di dunia dan bukannya pegawai persatuan.

Akan tetapi Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berpendapat sebaliknya. KOM ingin menghantar seorang pegawai dari persatuan olahraga negeri untuk menemani atlet lompat tinggi negara Lee Hup Wei ke Sukan Olimpik di Tokyo dan bukan jurulatihnya Aleksandar Gasparyan.

Ini kemungkinan besar Olimpik terakhir buat atlet berusia 34 tahun tersebut. Temasya kali ini sangat berbeza dengan edisi sebelumnya di mana atlet-atlet akan bertanding dalam era COVID-19 yang sungguh mencabar dari segi mental dan emosi.

Seperti dilaporkan laman berita Twentytwo13 Isnin lalu, pengarah bahagian atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin juga berpendapat bahawa jurulatih yang sepatutnya bersama atlet ke pertandingan sukan.

Para pegawai di Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pun berkongsi pendapat bersama. Akan tetapi pihak MSN and MOM tidak ingin mengeruhkan keadaan dan dilihat sebagai tidak ingin campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh pihak persatuan.

Namun, ini merupakan keputusan yang tidak tepat. Wakil MOM dan MSN juga akan ke Tokyo dan mereka boleh menolong Hup Wei jika terdapat sebarang isu pentadbiran, protes mahupun menjaga kebajikannya. Tidak perlulah seorang lagi pegawai olahraga ke Jepun. 

Lainlah jika pegawai tersebut mempunyai kemahiran dalam lompat tinggi, pernah mewakili negara dalam lompat tinggi atau telah bersama Hup Wei bagi setiap sesi latihan untuk bertahun-tahun. Mungkin ini boleh dijadikan pengecualian.

KOM hairan kenapa perkara ini menjadi isu. Kesatuan tersebut berkata pegawai yang telah disenarai pendek tersebut, antara lain, “tahu undang-undang olahraga, berpengalaman 40 tahun dan fasih berbahasa Inggeris”. Bak orang putih, “So what?”

Adakah KOM berpendapat wakil dari MSN and MOM tidak tahu undang-undang olahraga, tidak berpengalaman dan tidak fasih berbahasa Inggeris? Jadi wakil MSN and MOM ke Tokyo untuk makan angin?

Dan soalan yang masih belum terjawab - mengapa Hup Wei tidak diberi peluang untuk memberi pendapatnya? 

Setahu saya, Hup Wei ingin jurulatihnya pergi. Beliau telah pun berjumpa dengan MSN mengenai perkara ini. Anak kelahiran Selangor yang kini menduduki tangga ke-19 dunia sedang menunggu kata putus dari MSN and MOM mengenai perkara ini.

Saya amat bersimpati dengan Hup Wei. Beliau sepatutnya memberi tumpuan 100 peratus ke Sukan Olimpik. Ini merupakan satu gangguan yang tidak diingini.

Dan jika Hup Wei, tanpa jurulatihnya, tidak dapat beraksi dengan cemerlang di Tokyo, adakah pihak KOM dan pegawai-pegawainya akan bertanggungjawab atas kegagalan tersebut?

Tidak perlulah saya menulis dengan lebih lagi. Anda sendiri tahu jawapannya.

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman 21 tahun dalam media. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 2 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan