web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mana Suara Wakil Rakyat Kaum India?

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2024 12:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pampasan sebanyak RM 30,000 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada keluarga mangsa tanah jerlus di Masjid India, G Vijaya Lakshmi baru-baru ini mencuri perhatian rakyat jelata.

Adakah nyawa seseorang dapat disamakan dengan nilai yang dibayar dan pampasanya hanya RM 30,000 sahaja? Tidak dapat dinafikan kerjasama dan dedikasi oleh agensi-agensi kerajaan amatlah dihargai dan disanjungi. Namun, kita tidak dapat abaikan kesedihan yang dialami oleh keluarga tersebut.

Namun, fokus saya bukan pada pampasan yang dibayar, tetapi sikap dan perangai ahli-ahli Yang Berhormat wakil kaum India yang tiada seorang bersuara terhadap isu ini kecuali Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri Dr M Saravanan. Beliau sahajalah yang bersuara tentang tindakan DBKL yang samakan nyawa wanita daripada India itu dengan RM 30,000.

Bayangkan dalam usaha Malaysia menjaga nama baik di persada dunia, isu begini perlulah diabaikan segera kerana ianya menggugat keselamatan dan merendahkan imej serta pendapatan negara di peringkat dunia.

Bagi menjaga nama baik negara, setiap individu perlu berganding bahu bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai. Jika berlaku masalah melibatkan mana-mana kaum, haruslah menjadi tanggungjawab parti dan ahli-ahli Yang Berhormat kaum tersebut bersuara. 

Dari dulu hingga sekarang, MIC berkuasa dan sedia menjaga hak kaum India. Namun sekarang walaupun sudah ada ramai pemimpin-pemimpin mewakili kaum India, tiada seorang bersuara menyampaikan pendirian mereka.

Kerajaan telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebaik mungkin. Bagaimanapun, keputusan menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas bertungkus lumus selama sembilan hari atas beberapa faktor, termasuk isu keselamatan membabitkan anggota terlibat, selain faktor keselamatan semasa di lokasi susulan beberapa kejadian tanah jerlus susulan yang berlaku sejak akhir-akhir ini merupakan tindakan yang tepat. 

Apa-apa pun, sama-samalah kita peka dan lebih berhati-hati jika berada di mana-mana jua. 

Datuk N Sivakumar ialah Penaung dan Presiden Persatuan Kebajikan Dinamik Sinar Kasih Malaysia (DSK)

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM