Berita Terkini

13 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Alkisah Pencarian Pemimpin Yang Mempunyai Empati, Akauntabiliti Di Malaysia

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 11:00AM

Tajuddin - Gambar oleh Syeda Imran

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah ‘dipecat’ pada hari Rabu. 

Penamatan perkhidmatannya dipercayai menyusul berikutan cara beliau mengendalikan isu dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung berhampiran stesen KLCC, Kuala Lumpur. 

Seramai 213 penumpang cedera, termasuk enam orang yang kritikal. 

Video dan gambar penumpang panik dan berlumuran darah menjadi “viral”. 

Terkejut, sedih, simpati dan takut antara perasaan yang dirasai apabila melihat mangsa yang cedera. 

Namun, perasaan ini bertukar menjadi marah keesokan harinya apabila Tajuddin, sebagai pengerusi PRASARANA, kurang empati terhadap mangsa dan juga ratusan ribuan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan LRT. 

Cara beliau menjawab soalan semasa sidang media Selasa lalu seolah-olah insiden tersebut remeh dan tidak patut digembar-gemburkan. 

Walaupun kejadian seperti ini tidak pernah berlaku di Malaysia, dari kaca mata Tajuddin ia hanyalah insiden di mana dua LRT ‘bercium’ sesama sendiri. 

Ternyata Tajuddin, yang merupakan ahli parlimen Pasir Salak dan juga Pengarah Pilihanraya UMNO, tidak mempunyai daya untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. 

Tindakannya untuk ‘menyekolahkan’ wartawan tentang maksud first thing in the morning apabila ditanya kenapa tidak turun padang pada malam kejadian dan memperlekehkan wartawan dari Phoenix TV, China jelas menunjukan gaya kepimpinannya. 

Di zaman ini, sidang media seringkali dikendalikan secara langsung. Maka agak sukarlah untuk seorang pemimpin mengatakan kenyataannya telah disalah tafsir wartawan pada awal pagi keesokan harinya. 

Penulis bukan bermaksud untuk memperlekehkan Tajuddin. 

Terdapat ramai lagi pemimpin, termasuk mereka yang bergelar ‘selebriti’, yang kurang empati dan merasakan mereka boleh buat apa sahaja yang mereka rasa betul.

Tindakan pemecatan Tajuddin oleh Kementerian Kewangan akan menjadi duluan untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain. Ia juga harus dijadikan teladan oleh kepimpinan pusat negara ini. 

Pokoknya, sesiapa sahaja yang akan mengambil alih pucuk pimpinan PRASARANA harus mempunyai sifat empati dan akauntabiliti. 

Ini termasuk pemimpin-pemimpin tertinggi di Putrajaya. - Getaran, 28 Mei 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

2

Semasa 2 minggu yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi