web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menangani Kekurangan Bakat Teknologi Di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan

Permintaan untuk profesional teknologi berkemahiran tinggi semakin meningkat dan jauh mengatasi bekalan yang ada

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 4:15PM

Malaysia kini bergelut dengan defisit seramai 261,077 orang bakat digital - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kekurangan bakat teknologi merupakan masalah global, dan Malaysia juga terkesan. Permintaan untuk profesional teknologi berkemahiran tinggi semakin meningkat dan jauh mengatasi bekalan yang ada. Ini jelas memberi kesan yang ketara bukan sahaja kepada sektor perniagaan tetapi juga kepada ekonomi Malaysia  keseluruhan.

Menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Malaysia kini bergelut dengan defisit seramai 261,077 orang bakat digital. Jumlah ini diunjurkan meningkat kepada 500,000  menjelang 2025. Situasi genting ini amat ketara dalam bidang seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), sains data dan keselamatan siber, di mana pertumbuhannya berkadar eksponen, dan permintaan untuk individu mahir jauh mengatasi bekalan tenaga kerja yang ada.

Kekurangan bakat teknologi telah mencetuskan pelbagai cabaran untuk perniagaan di seluruh Malaysia. Syarikat sedang berusaha untuk mendapatkan kakitangan teknologi mahir yang mereka perlukan untuk memacu pertumbuhan dan inovasi dalam perniagaan yang semakin kompetitif.  Tambahan pula, kesusahan mendapatkan pekerja mahir ini mendorong kepada inflasi gaji dalam sektor teknologi, kerana perniagaan terpaksa menghadapi  persaingan sengit untuk bukan sahaja menarik tetapi memastikan bakat kekal sebagai kakitangan Syarikat mereka.

Tinjauan baru-baru ini oleh Randstad Malaysia mendedahkan bahawa 77 peratus perniagaan di negara ini sedang bergelut dengan cabaran pengambilan pekerja untuk peranan teknologi. Selain itu, 45 peratus perniagaan telah terlepas peluang perniagaan yang berharga disebabkan isu mendesak ini.

Akibat kekurangan tenaga kerja teknologi melangkaui bidang perniagaan dan juga boleh menjejaskan ekonomi Malaysia secara amnya. Ia membantutkan pengembangan industri teknologi yang amat diperlukan untuk memacu ekonomi Malaysia ke masa hadapan. Pada masa yang sama, ia juga menghakis produktiviti dan daya saing  perniagaan Malaysia. Kajian yang dijalankan oleh Institut Global McKinsey pada tahun 2022 menunjukkan bahawa kekurangan bakat teknologi berpotensi menyebabkan ekonomi Malaysia mengalami kerugian sehingga RM230 bilion menjelang 2025.

Di antara tindakan yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menangani isu ini termasuklah meningkatkan pelaburan dalam Pendidikan dan Latihan di bidang teknologi. Usaha kerjasama yang melibatkan kerajaan dan perniagaan adalah penting untuk melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran yang dituntut oleh industri teknologi. Ini memerlukan pelaburan dalam pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di peringkat rendah dan menengah disamping menyediakan peluang kemahiran semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) untuk pekerja sedia ada.Universiti di Malaysia juga perlu merombak kurikulum mereka agar sejajar dengan keperluan industri teknologi yang sentiasa berkembang. Ini melibatkan mengajar pelajar teknologi dan kemahiran terkini.

Perancangan dan usaha untuk menjadikan Malaysia lebih menarik kepada profesional teknologi dari luar negara adalah penting. Beberapa langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan termasuklah memperkemaskan proses visa, menawarkan insentif cukai dan memupuk persekitaran yang mesra untuk pekerja asing. 

Di samping itu, kita sebagai Individu juga boleh memainkan peranan penting dalam penyelesaian kekurangan bakat teknologi tempatan. Biasakan diri dengan perkembangan teknologi semasa dan set kemahiran sepadan yang diperlukan. Pengetahuan ini akan membantu mengenal pasti bidang yang perlukan untuk membangunkan kemahiran diri agar dapat berkembang maju dalam industri teknologi.

Gunakan sumber-sumber yang tersedia untuk meningkatkan kemahiran teknologi kita, termasuklah kursus dalam talian, bootcamp dan juga tutorial percuma atau berbayar. Disamping itu bersuaikenal dengan rakan-rakan profesional teknologi melalui mesyuarat dan persidangan teknologi yang dianjurkan untuk manfaat bersama.

Menjalinkan hubungan dalam komuniti teknologi boleh membuka peluang pekerjaan baharu dan mendapatkan nasihat dan  bimbingan yang tidak ternilai daripada mereka yang lebih pakar. Hadiri juga acara teknologi dan manfaatkan media sosial untuk berhubung dengan individu yang sealiran.

Dengan langkah proaktif ini, individu juga mampu membantu mengurangkan kekurangan bakat teknologi dengan memastikan mereka memiliki kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dilapangan teknologi yang pesat berkembang. Bersama-sama, usaha bersepadu daripada kerajaan, sektor swasta dan individu boleh melakarkan laluan ke masa depan yang celik teknologi untuk Malaysia. - Getaran, 27 September 2023

Nasser Ismail adalah Anggota Gen-X lulusan ekonomi dan peminat teknologi yang menyaksikan permulaan revolusi informasi dari lewat 70an hingga ke ambang zaman AI terkini

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 minggu yang lalu

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

2

Kolum 2 minggu yang lalu

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

3

Kolum 3 minggu yang lalu

Krisis Negeri Sembilan: Seruan Kepada Kerajaan Untuk Bertindak

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM