Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perjalanan Malaysia Ke Arah Peneraju Teknologi Hijau

Malaysia perlu mengharungi pelbagai isu yang kompleks untuk membuka potensi teknologi hijaunya

Kolum Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 3:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika dunia menuju ke arah amalan mampan dan sumber tenaga boleh diperbaharui, Malaysia perlu bersiap sedia untuk menjadi peneraju dalam revolusi teknologi hijau. Kaya dengan anugerah sumber alam, dasar kerajaan yang berpandang ke hadapan dan dedikasi terhadap pembangunan mampan, negara kita mampu untuk memainkan peranan sebahai peneraju. Namun laluan ini, walaupun memberansangkan, tidak terlepas daripada halangan kerana Malaysia perlu mengharungi pelbagai isu yang kompleks untuk membuka potensi teknologi hijaunya

Lokasi geografi Malaysia berfungsi sebagai asas ke arah  kejayaan dalam arena teknologi hijau. Negara ini menikmati cahaya matahari. sepanjang tahun, satu aset berharga yang boleh dimanfaatkan untuk penjanaan tenaga solar. Gabungan sistem solar yang dipasang di tanah, di atas bumbung dan terapung dijangka menawarkan anggaran kapasiti pemasangan fotovoltaik suria (PV) untuk menjana sebanyak 269 gigawatt tenaga elektrik.

Di samping itu, muka bumi Malaysia dengan rangkaian 189 lembangan sungai membolehkan penjanaan kuasa hidroelektrik yang cukup besar, daripada loji hidro besar dan juga yang kecil, dengan kapasiti berpotensi 13.6 gigawatt dan 2.5 gigawatt. Sektor biotenaga menambah satu lagi sumber alternatif, dengan potensi menyumbang 3.6 gigawatt yang diperoleh daripada sisa pertanian, haiwan dan perbandaran. Selain itu, kuasa geoterma boleh mempelbagaikan lagi sumber penghasilan tenaga boleh perbaharui atau renewable energy, dengan potensi untuk kapasiti tahunan sebanyak 229 megawatt.

Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian untuk menjadikan Malaysia peneraju teknologi hijau ialah rizab unsur nadir bumi atau rare earth elements. Mineral ini adalah penting dalam pelbagai aplikasi berteknologi tinggi, daripada kenderaan elektrik dan turbin angin kepada bateri untuk menyimpan tenaga boleh diperbaharui. Dalam masa dunia semakin maju dengan peralihan ke arah tenaga bersih, peranan Malaysia dalam pengeluaran nadir bumi boleh dijadikan pemangkin potensinya sebagai pelopor teknologi hijau.

Berpandukan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia (MyRER), kerajaan telah mengorak langkah untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharu tempatan. Aspirasi negara memerlukan pencapaian 31 peratus (13 gigawatt) keperluan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui menjelang 2025, dengam sasaran untuk ditingkatkan kepada 40 peratus (18 gigawatt) menjelang 2035. Sasaran jangka Panjang pula ialah memcapai  kapasiti tenaga boleh diperbaharui 70 peratus menjelang 2050, sejajar dengan objektif mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih-sifar selewat-lewatnya 2050.

Namun demikian sekadar pelan tanpa usaha-usaha dari segi pelaksanaan tidak akan mendatangkan hasil, oleh itu Kerajaan menawarkan koleksi insentif yang disesuaikan untuk mempercepatkan penggunaan teknologi hijau. Elaun Cukai Pelaburan Hijau dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau memberikan kelebihan ketara kepada perusahaan yang menerima tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga dan amalan mampan. Insentif ini berfungsi untuk mempercepatkan lagi perkembangan serta penggunaan teknologi mesra alam , memupuk perkongsian antara sektor swasta dan badan kerajaan, sekali gus mempercepatkan peralihan kepada teknologi hijau.

Di sebalik potensi dan kelebihan semulajadinya, Malaysia perlu mengatasi beberapa cabaran yang memerlukan pengurusan dan pelaksanaan yang teliti untuk mencapai kejayaan integrasi teknologi hijau secara meluas. Di antaranya:

1. Infrastruktur dan Kemajuan Teknologi: Jurang teknologi perlu dirapatkan antara institusi penyelidikan, industri dan entiti kerajaan untuk mempercepatkan asimilasi teknologi hijau termaju.

2. Rangka Kerja dan Peraturan Dasar: Penubuhan dasar yang jelas, konsisten dan menyokong adalah kunci untuk meyakinkan pelabur dan merangsang pertumbuhan sektor teknologi hijau.

3. Pembangunan Tenaga Kerja: Memupuk lebih ramai tenaga kerja mahir yang mahir dan berpengetahuan dalam sistem tenaga boleh diperbaharui,  di samping memberikan latihan kemahiran kepada tenaga kerja perlu diberi keutamaan. Menanamkan amalan mampan juga penting untuk memacu inovasi dan pelaksanaan teknologi hijau yang lancar.

4. Kebolehlaksanaan Ekonomi: Keupayaan untuk menunjukkan daya maju ekonomi jangka panjang projek teknologi hijau kelolaan tempatan adalah penting dalam menarik pelaburan yang besar.

5. Kesedaran dan Penyertaan Awam: Orang ramai mesti disedarkan tentang kebaikan amalan lestari untuk membawa anjakan paradigma ke arah kesedaran alam sekitar.

6. Penyepaduan Infrastruktur dan Grid Tenaga Negara: Menaik taraf grid kuasa untuk menampung sumber tenaga boleh ubah seperti solar dan angin adalah penting untuk peralihan yang lancar. Ini mungkin salah satu aspek yang kurang diberi penekanan dan perlu diberi perhatian.

Malaysia melangkah ke era revolusi teknologi hijau dengan potensi besar menjadi peneraju dalam amalan mampan dan sumber tenaga boleh diperbaharui. Anugerah sumber alam dan sokongan dasar kerajaan membekalkan potensi besar bagi perubahan ini. Namun, cabaran infrastruktur, peraturan, tenaga kerja, ekonomi, kesedaran awam, dan integrasi grid perlu dihadapi melalui kerjasama sektor swasta, institusi penyelidikan, entiti kerajaan, dan masyarakat. Usaha dan tekad kita dapat mengubah Malaysia menjadi peneraju revolusi teknologi hijau, membina masa depan yang hijau dan lestari untuk generasi mendatang. - Getaran, 16 Ogos 2023

Nasser Ismail adalah Anggota Gen-X lulusan ekonomi dan peminat teknologi yang menyaksikan permulaan revolusi informasi dari lewat 70an hingga ke ambang zaman AI terkini.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 2 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku