Berita Terkini

11 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Nasib Kanak-Kanak Di Gaza

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 1:09PM

Kanak-kanak Palestin membuat kerja sekolah dengan menggunakan lampu minyak tanah di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza, dalam gambar yang dirakamkan pada 18 Ogos 2020. - Gambar AFP

oleh

ZF Zamir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekurang-kurangnya dua laporan yang saya ingat; melaporkan mengenai keadaan kanak-kanak di Gaza yang berada dalam situasi begitu kritikal sekali.

Laporan pertama adalah dari badan Save The Children mengenai krisis penyakit mental di kalangan kanak-kanak sekitar Jun 2018. Kajian badan ini mendedahkan 95% anak-anak yang ditemuramah menunjukkan kesan tekanan psikologi yang mendalam.

Laporan kedua pula oleh Norwegian Refugee Council sekitar Mac 2019. Laporan ini mendedahkan 68% pelajar sekolah di kawasan yang dekat dengan pagar perimeter Israel mempunyai petunjuk yang jelas mengenai gangguan psikososial.

Pengangguran capai 60%, kemiskinan setinggi 50%

Save the Children yang membuat tinjauan terhadap 150 remaja muda dengan usia purata 14 dan 150 penjaga mendapati bahawa 95 peratus kanak-kanak yang ditemu ramah menunjukkan gejala seperti tekanan perasaan, hiperaktif, memilih untuk bersendirian, dan sikap yang agresif.

Ramai dari kanak-kanak tersebut membesar menyaksikan tiga serangan Israel dari 2008 hingga 2009, 2012 dan 2014  yang menghancurkan Gaza. Dalam masa yang sama sekatan Mesir-Israel lebih dari 11 tahun juga telah mengurangkan kualiti hidup di Gaza. Pengangguran belia kini setinggi 60 peratus dan tahap kemiskinan meningkat dari 30% kepada 50%.

Laporan Save the Children ini juga menjelaskan sekurang-kurangnya 68% kanak-kanak mengatakan bahawa mereka mengalami kesukaran untuk tidur dan 78% menganggap satu-satunya sumber ketakutan terbesar bagi mereka adalah bunyi pesawat perang.

Namun dalam masa yang sama kajian tersebut juga menunjukkan bahawa kanak-kanak ini menunjukkan daya tahan yang tinggi. 80% menyatakan mereka mampu membicarakan masalah mereka kepada keluarga dan rakan mereka dengan terbuka; manakala 90% menyatakan mereka mendapat sokongan kuat oleh ibu bapa.

Masalah akar & sunyi sepi masyarakat antarabangsa

Sekurang-kurangnya dari laporan tersebut, terdapat dua masalah akar yang dapat kita kenalpasti. Pertama, punca utama yang membelenggu Gaza sebenarnya adalah sekatan yang dikenakan oleh Israel. Kedua, sunyi sepi masyarakat antarabangsa terhadap sekatan tersebut.

Jennifer Moorehead, Pengarah Save the Children's untuk wilayah Palestin yang dijajah memaklumkan Al Jazeera bahawa dunia bertanggungjawab untuk meringankan penderitaan kanak-kanak Gaza yang menerima kesan dari tekanan ekonomi & politik oleh Israel.

Moorehead bahkan menegaskan; "Masyarakat antarabangsa harus melibatkan diri kerana kanak-kanak ini terperangkap tanpa khidmat sokongan yang mereka perlukan".

Ini bermakna fokus utama masyarakat antarabangsa seharusnya bukan sekadar menyalurkan sokongan moral semata-mata ataupun memberikan bantuan yang bersifat jangka masa pendek. Satu-satunya cara untuk membantu kanak-kanak Gaza untuk mendapat masa depan yang lebih baik adalah dengan memberi tekanan antabangsa terhadap Israel untuk menghentikan tekanan ekonomi & politik terhadap Gaza.

Samar, seorang remaja berusia 15 tahun yang ditemuramah dalam laporan itu menjelaskan bahawa dia selalu berasa takut sama ada dia akan menjadi sasaran serangan peluru berpandu seterusnya.

"Ketakutan ini menyusahkan saya dan ramai kanak-kanak yang lain.

"Kadang-kadang pada waktu siang, saya selalu terbayangkan mimpi buruk yang saya alami di malam hari.

"Sekatan, serangan udara, dan perang semuanya mempengaruhi impian, cita-cita dan keperibadian saya. Masa depan saya kelihatan menakutkan."

Masa Depan Yang Kelam

Laporan oleh Norwegian Refugee Council juga berkongsi sentimen yang sama dengan apa yang dirasai oleh Samar.

Hampir 54% kanak-kanak berasa risau dengan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai harapan untuk masa depan yang lebih cerah. Kajian itu juga menunjukkan bahawa 81% kanak-kanak mempunyai masalah akademik kerana tekanan berdepan dengan konflik setiap hari.

Pengarah NRC Palestin Kate O'Rourke bahkan menegaskan;

"Keganasan yang disaksikan oleh kanak-kanak setiap hari, termasuk kehilangan orang tersayang, dalam konteks pengepungan Israel yang melumpuhkan dan memperburuk krisis kemanusiaan Gaza, telah menyebabkan seluruh generasi mengalami kerosakan emosi yang membimbangkan,"

Beliau juga menambah bahawa untuk menghilangkan kesan trauma ke atas kanak-kanak di Gaza dan mengembalikan harapan mereka untuk masa depan, memerlukan bertahun-tahun kerja keras. Unicef membayangkan sekitar 25,000 kanak-kanak di Gaza memerlukan sokongan psikososial hari ini.

Lebih Teruk Dari Apa Yang Dapat Dibayangkan

Dua laporan ini sebenarnya hanyalah 0.01% dari apa yang sedang kanak-kanak di Gaza hadapi.

Misalnya pada November 2018, Save The Children mengeluarkan amaran keras berkenaan lebih dari 1000 kanak-kanak berdepan risiko kematian dan kecacatan kekal akibat ditembak menggunakan peluru hidup oleh Israel ketika protes Gaza berjalan. Mereka ini tidak dibenarkan keluar dari Gaza untuk menerima rawatan yang lebih intensif kerana sekatan oleh Israel sedangkan hospital di dalam Gaza tidak mempunyai keupayaan kerana kekurangan peralatan.

Bahkan menurut Israel, kanak-kanak Palestin tidak mempunyai hak untuk pendidikan. Lebih dari 550,000 kanak-kanak bersekolah di Gaza dalam kelas yang sempit, gelap dan sentiasa terdedah dengan masalah bekalan elektrik kerana Gaza hanya mendapat bekalan elektrik sebanyak 4 ke 6 jam sahaja setiap hari. Palestin berdepan kekurangan seramai 800 orang guru, dengan lebih dari 2000 kelas baharu diperlukan. Tetapi semua ini mustahil untuk dilaksanakan, kerajaan berdepan masalah untuk membayar gaji guru kerana tekanan ekonomi dan hanya 339 buah kelas dibina dari 2016-2019 berbanding jumlah pelajar yang semakin ramai.

Hak untuk mendapatkan pendidikan sepertimana dimaktubkan oleh United Nation (UN) untuk semua negara di dunia ini tidak dapat dinikmati oleh kanak-kanak Gaza & Palestin. Tekanan terhadap sektor pendidikan berlaku setiap hari. Perobohan sekolah, perampasan alatan, kehadiran tentera ke dalam kelas, semuanya membina ketakutan kepada para guru & murid untuk ke sekolah.

Malah kanak-kanak berdepan gangguan ketika melewati checkpoint setiap hari, dan kadangkala terperangkap di dalam zon tembakan semata-mata kerana mahu ke sekolah. 

Minggu lalu sahaja, lebih dari 39 kanak-kanak dibunuh oleh Israel di Gaza. Menurut data Palestinian Authority's Ministry of Information, lebih dari 3000 kanak-kanak Palestin terkorban dalam tempoh 20 tahun ini.

Di Amerika, seorang George Floyd meninggal kerana ditindas dan seluruh dunia bangun mengutuk penindasan tersebut.

Malangnya, tiada siapa yang mahu bangkit untuk mengutuk pembunuhan lebih dari 3000 kanak-kanak di Palestin oleh Israel sejak 20 tahun yang lalu. Lebih hipokrit, jiran tetangga negara Arab sendiri menikus dan menyorok di dalam seluar Netanyahu yang busuk itu. - Getaran, 18 Mei 2021

Seorang pemikir serta penghasil karya prolifik, yang sudah lebih dari 16 tahun bergulat dengan isu pendidikan dan kemanusiaan. Menulis buku ‘Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang’ dan 6 buku yang lainnya. Pernah mengajar sebagai guru sekolah kerajaan di tengah Kuala Lumpur selama 6 tahun. Mendirikan beberapa gerakan pendidikan seperti Teach For The Needs (TFTN) pada 2012, The Wakaf Buku (TWB) 2014 & Rejuvenasi Pendidikan/Untuk Malaysia (RP/UM) 2020. Juga pernah menjadi pegawai di Pejabat Menteri Pendidikan (Pegawai Dasar & Setiausaha Akhbar) ketika Pakatan Harapan memerintah Malaysia pada Mei 2018.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 8 jam yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

2

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

3

Luar Negara 4 hari yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Semasa 4 hari yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut