Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kalau Ada Jiwa Dengan Perak, Carilah Duit Untuk Perak FC

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 May 2021 12:16PM

Konsep profesionalisme harus difahami semua pihak terutama pemimpin bola sepak negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Kita nak pemain yang ada 'jiwa' dengan Perak. Kalau rasa nak keluar main dengan pasukan lain sebab tak dapat gaji dua bulan, kita tak akan halang."

Saya tergamam seketika membaca komen bendahari Perak FC, Datuk Sham Mat Sahat di dalam sebuah akhbar Bahasa Melayu pada 9 Mei lalu.

Tergamam kerana ia merupakan komen yang sungguh cetek terutama dalam era profesional ini.

Komen Sham menunjukkan masih ada di kalangan pemimpin bola sepak Malaysia yang tidak memahami maksud dan konsep profesionalisme.

Pemain mempunyai kontrak dengan pasukan. Hubungan mereka sama seperti pekerja dengan majikan. Jika majikan tidak membayar pekerja, maka pekerja itu mempunyai beberapa pilihan termasuk mengambil tindakan undang-undang.

Tetapi pemain bola sepak di Malaysia rata-ratanya terlalu 'baik'.

Kalau pasukan tak bayar gaji, mereka sekadar meninggalkan pasukan tersebut. Tidak terlintas pun di minda mereka untuk mengambil tindakan undang-undang atau membuat laporan dengan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Mungkin kerana kosnya yang mahal atau mungkin prosesnya memakan masa.

Atau mungkin juga mereka tidak ingin merosakkan hubungan dengan mana-mana pihak. Maklumlah, di Malaysia balik-balik muka yang sama kelihatan dalam arena bola sepak dan sukan.

Pemain sepatutnya bertanya kepada bendahari apa pelan kewangan jangka masa pendek dan panjang untuk Perak FC? Bagaimana kepincangan dana boleh berlaku sehingga pemain tidak menerima gaji mereka?

Tugas seorang bendahari bukan setakat membaca penyata kewangan ketika mesyuarat.

Jika si bendahari dan mereka yang mempunyai jawatan untuk mengurus Perak FC betul-betul ada 'jiwa' dengan Perak, berikanlah 100 peratus perhatian kepada bola sepak tanpa menerima sebarang bayaran atau elaun. Boleh tak?

Kalau mereka yang memegang jawatan di Perak FC benar-benar berpengaruh dan berkaliber, sudah tentu setiap seorang boleh mencari dana yang mencukupi untuk membayar gaji yang tertunggak, betul tak?

Saya menghormati keputusan Rizal Ali Naizali untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC.

Beliau melepaskan jawatan pada Isnin lalu kerana bertanggungjawab di atas apa yang berlaku terhadap pasukan tersebut.

Ini dinamakan profesionalisme. Kalau rasa diri tak mampu, sila undur dan berikan laluan kepada mereka yang berkebolehan.

Jangan memperkecilkan komitmen pemain. Jangan kata mereka tak ada jiwa dengan sesebuah negeri. Mereka juga mempunyai keluarga dan mulut untuk disuap. 

Bola sepak merupakan industri, bukannya aktiviti CSR (tanggungjawab sosial korporat) atau sukarela.

Sebagai anak kelahiran Taiping, jiwa saya dengan Perak. Kalau adanya 'perang', saya akan mempertahankan Taiping dan Perak.

Tapi ini bukan 'perang'. Ini bola sepak. Kalau majikan tak bayar dan mempertikaikan 'jiwa' saya, senang cerita jumpa di mahkamah.

Salam Aidilfirti kepada anda semua. Jaga diri dan sila patuhi SOP. -  Getaran,13 Mei 2021

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah