Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Adakah Kita Masih Perlukan Seniman Dan Terminator Semakin Menjadi Kenyataan?, Pabila ChatGPT Gantikan Penulis Lirik

Adakah AI akan mengambil alih tugasku dan tugas para seniman khususnya penulis lirik di dalam menghasilkan seni?

Kolum Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 1:00PM

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Come With Me If You Want To Live.”

Kyle Reese (Michael Bien) Dan T-800 (Arnold Schwarzenegger) Dalam Filem Terminator

*

Lirik sempena Hari Raya berikut ditulis berdasarkan melodi asal lagu yang berjudul ‘Kalis Rindu’ yang dinyanyikan oleh Elyana, dan melodi dicipta oleh Aidit Alfian;

“Verse 1:

Menyambut Hari Raya yang mulia

Bersama sanak saudara yang tercinta

Takbir berkumandang

Verse 2:

Di tengah hiruk-pikuk kota

Berduyun-duyun pulang ke kampung halaman

Tersenyum bahagia

Pre-Chorus:

Babak keriangan

Satu kebahagiaan

Beriringan menuju syurga

Chorus:

Riang ria Selamat Hari Raya

Suasana di hati membahana

Mencari ketenangan

Verse 3:

Menjauhkan diri dari hiruk-pikuk dunia

Bertafakur memohon ampun dan rahmat

Dalam kasih Allah

- Repeat pre chorus and chorus -

Bridge:

Semoga detik yang berlalu

Meninggalkan kenangan yang abadi

Selamat Hari Raya, selamat berbahagia

Bersama keluarga dan sanak saudara tercinta.”

Lirik di atas ditulis oleh ChatGPT.

Sudah tentunya dengan ‘prompt’ oleh aku, seorang penulis lirik yang kononnya seorang insan seni.

Malah, aku boleh ‘prompt’ atau mengarahkan ChatGPT untuk memperbaiki lirik tersebut sehingga lebih tepat dan lagi menarik.

Dengan sedikit perubahan pada lirik di atas, ia sudah boleh dinyanyi dan dirakam oleh Elyana atau Dayang Nurfaizah.

Aku tidak perlu memberi kredit ciptaan lirik tersebut kepada ChatGPT, sebaliknya aku boleh mengaku bahawa lirik tersebut adalah hasil ciptaanku sendiri dan menikmati hasil royalti seumur hidup.

Siapa yang akan tahu?! Kebolehan ChatGPT dan artificial intelligence (AI) amat hebat dan menakutkan.

Sebagai seorang yang telah menulis ratusan lirik lagu dan sering diundang untuk menjadi juri di Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik (AIM) dan pelbagai lagi pertandingan lagu, aku berpendapat bahawa ChatGPT boleh menghasilkan lirik yang jauh lebih bermutu daripada ramai para penulis lirik masa kini dan terdahulu.

Nampaknya, khidmat penulis lirik seperti Habsah Hassan, Tessh Tinta, Shah Shamshiri, Ahmad Fedtri Yahya, bahkan khidmat aku sendiri tidak lama lagi juga tidak akan diperlukan.

Pencipta melodi seperti Ezra Kong, Audi Mok, Aubrey Suwito, malah M Nasir, boleh menggunakan ChatGPT untuk mencipta lirik bagi lagu lagu ciptaan mereka, demi memudahkan kerja.

Rasanya, ianya tidak melanggar Akta Hak Cipta atau apa apa perundangan sekalipun buat masa ini.

Argumentatively, ia tidak boleh dianggap sebagai plagiarisme.

Dari masa ke semasa dan di dalam tempoh terdekat ini, teknologi AI akan menjadi lebih pesat dan maju.

Pelbagai perkara lagi yang boleh dilakukan dengan teknologi AI masa kini, sama ada untuk menghasilkan kerja seni, mahupun menyelesaikan masalah saintifik dan matematik yang kompleks.

Di dalam bidang seni, adakah ChatGPT dan AI akan mengambil alih tugas dan peranan para seniman?

Mungkin. Dan apa salahnya?

Seni Demi Rohani

Sepanjang tempoh lebih kurang 30 tahun, menulis adalah salah satu punca pendapatan dan sara hidupku.

Royalti daripada penulisan lirik adalah punca pendapatanku yang paling utama, selain menulis skrip bagi rancangan tv serta filem, dan menulis rencana. ChatGPT juga sudah mampu menghasilkan skrip dan menulis artikel.

Walaupun begitu, aku menulis bukan semata mata untuk mencari wang, tetapi menulis adalah satu keperluan rohani buat diriku.

Buat bertahun tahun, hampir setiap hari aku menulis di dalam jurnal peribadi. Kadangkala, kerana ketiadaan kertas dan buku nota, aku akan menulis apa yang di dalam fikiranku di atas napkin/serviette atau tisu makan.

Aku menulis lirik yang berjudul ‘Perlukan Cinta’ pada tahun 2011 untuk Dayang Nurfaizah dan Tompi di atas napkin di sebuah restoran di dalam tempoh 15 minit sahaja, ketika sedang naik-angin terhadap bekas pengurusnya yang pada pendapat aku adalah seorang buta-seni.

Aku bisa menulis dengan efektif ketika sedang marah. Kerana, aku memerlukan emosi yang kuat untuk memberi inspirasi di dalam menulis. Walaupun sedang marah, aku masih mampu menulis lirik cinta berahi.

Aku menulis lirik untuk Siti Nurhaliza yang berjudul ‘Ada Masa Mata’ juga di dalam keadaan marah setelah 10 minit sebelumnya aku hampir bertumbuk dengan seorang pencipta lagu yang telah berkelakuan biadab terhadapku di Port Dickson pada tahun 2008.

Aku memerlukan 20 hingga 30 minit untuk menyiapkan lirik ‘Ada Masa Mata’. Kalau tak percaya, tanyalah M Nasir atau Alfa Booty Kesuma.

Menulis adalah cara aku meluah dan melempiaskan perasaan, sama ada marah atau benci, gembira atau bercinta. Malah, yang paling penting, aku menulis untuk bisa berfikir dengan lebih jelas.

Menulis menzahirkan idea yang bersimpul simpul di dalam kotak fikiranku agar menjadi tersusun dan teratur. Apabila sesuatu yang sedang aku fikirkan dizahirkan ke atas kertas, pemikiranku menjadi lebih mudah dibaca oleh diriku sendiri.

Fikiran yang telah berada di atas kertas atau skrin monitor akan lebih mudah di-edit untuk menjadi jernih.

Menulis adalah satu terapi. Menulis adalah merubat dan memperbaiki mental. Menulis adalah untuk menjadi mengerti. Menulis adalah pengalaman rohani. Kerohaniankulah yang menjadikan aku manusia.

Kerohanian aku inilah yang menjadikan aku menyedari dan mempunyai maksud hidup, cuba memahami aturan alam ini, cuba berkelakuan baik dan berkasih sayang, cuba berkhidmat dan berbakti sesama manusia, serta alam sekitar.

Bisakah ChatGPT memperbaiki rohaniku? Mungkin; sekiranya aku menggunanya berpada pada dan berhemah.

Sebelum adanya ChatGPT, kita menggunakan Google untuk membantu kerja dan tugasan. Sebelum adanya Google, kita menggunakan buku sebagai rujukan, termasuklah kamus.

ChatGPT adalah evolusi daripada Google, buku, dan kata bicara serta nasihat para bijak pandai.

Jadi, tiada salahnya menggunakan ChatGPT, Google atau buku buku rujukan untuk membantu di dalam menjalankan tugasan atau penulisan. AI boleh meningkatkan produktiviti dan pengetahuan.

Tetapi... Aku tidak sanggup menyerahkan rohaniku sepenuhnya kepada robot dan artificial intelligence.

Rohanikulah yang membuat aku menjadi aku. Sama ada aku yang authentic atau aku yang bersandiwara.

Rohanikulah yang membuat engkau membenci atau menyukai, malah mencintai aku. Oleh itu, rencana dan lirik lirikku, akan tetap aku hasilkan sendiri, dari jiwa dan kotak fikiranku.

Berteraskan perasaan dan pendapatku sendiri. Dulu, kini dan selamanya. Demi aku.

Adakah artificial intelligence akan mengambil alih tugasku dan tugas para seniman di dalam menghasilkan seni? Mungkin. Tapi aku akan melawan. Dengan kudrat dan iradat.

Seperti jua Kyle Reese, Sarah Connor dan anaknya John Connor menentang para cybernetic-pembunuh atau Terminator model T-800 dan Terminator model T-1000.

Nampak gayanya, Terminator seperti yang dilakonkan Arnold Schwarznegger semakin bisa menjadi kenyataan. Robot akan menakluki dunia.

Justeru wahai seniman sekelian, “Come with me if you want to live!” - Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok