web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Halia, Makanan Sunnah Yang Baik Untuk Kesihatan

Kali ini Abang Brian berkongsi kebaikan halia dan resepi yang menggunakan bahan sunnah ini.

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 3:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi sepanjang tahun, umat Islam sering digalakkan untuk mengamalkan segala yang dikatakan ‘sunnah’.

Sebagai seorang cef, di sini saya ingin memberi fokus kepada makanan sunnah buat para Muslim yang mana kesemua bahan makanan ini sebenarnya mempunyai asas saintifik yang membuktikan kebaikan pengambilannya untuk kesihatan kita. 

Namun, saya percaya bahawa semua manfaat ini lebih baik diambil dalam bentuk asalnya daripada pengambilan makanan tambahan atau suplemen yang dikatakan mengandungi bahan-bahan ini. 

Bila diteliti, makan sunnah sememangnya mengandungi pelbagai khasiat yang dapat membantu sistem imunisasi kita kerana mengandungi pelbagai nutrien yang terbabit dalam penghasilan sel darah putih dan juga immunoglobin yang dikaitkan dengan antibodi tubuh badan. 

Selain daripada itu, makan sunnah seperti kurma, halia dan buah delima kaya dengan pelbagai vitamin yang penting dalam pembentukan sel, hormon dan juga bertindak sebagai antioksidan dalam tubuh badan.

Oleh sebab itulah, setiap kali menjelang bulan Ramadan, saya akan mengambil peluang untuk kongsikan pelbagai resipi yang mengetengahkan bahan-bahan sunnah. Kali ini saya ingin berkongsi  tentang halia.

Gambar: Julia Topp, Unsplash
Gambar: Julia Topp, Unsplash

 

Pemilihan Halia 

Sebelum berbincang tentang cara terbaik untuk banyakkan halia dalam gizi harian, terlebih dahulu haruslah dirungkaikan pemilihan halia. Dari segi rupanya, halia yang dipilih haruslah tidak mengandungi bintik-bintik hitam, terlalu lembut ataupun terlalu kering. 

Selain daripada itu, ramai juga seringkali bertanya sama ada halia Bentong yang jauh lebih mahal adalah pilihan yang terbaik. Nasihat saya di sini adalah pilihan antara halia tua biasa dan halia Bentong haruslah dilakukan berdasarkan kegunaan halia tersebut. 

Pada pendapat saya halia Bentong mempunyai bau dan rasa yang lebih kuat berbanding halia tua biasa. 

Namun sekiranya anda hanya ingin gunakan halia dalam bahan kisaran yang merupakan asas kepada lauk anda seperti sambal dan kari, tidaklah perlu membeli halia Bentong sekiranya anda risau tentang bajet bahan makanan.

Akan tetapi, sekiranya halia ingin digunakan untuk cara masakan mengukus ataupun digunakan untuk dibancuh teh, saya rasa halia Bentong akan memberikan hasil yang lebih menarik.

Gambar: Kim Cruickshanks, Unsplash
Gambar: Kim Cruickshanks, Unsplash

 

Cara untuk perbanyakan pengambilan bahan halia

Sebenarnya kebanyakan lauk Malaysia sudah pun ada bahan ini tanpa kita sedari. Daripada hidangan harian seperti kari, sambal dan gulai sehinggalah ke manisan seperti bubur kacang, halia memang menggunakan halia. 

Dengan musim perayaan yang bakal menjelang, saya ingin mengambil peluang untuk kongsikan cara mudah dan cepat untuk sediakan satu hidangan yang sinonim dengan raya. Moga-moga ia dapat dimanfaatkan oleh anda semua.

 

Rendang Ayam Cepat

Bahan-bahan:

* 1/2 ekor ayam

* minyak

* 2 inci halia, dihiris nipis

* 1 inci lengkuas, dihiris nipis

* 1 paket pes gulai (seeloknya pilih yang tiada MSG, pengawet dan perasa tiruan)

* 2 sudu besar kerisik

* sedikit air

* santan

*Daun kunyit, diracik nipis

Cara-cara:

1. Tumiskan halia dan lengkuas sehingga bau naik.

2. Masukkan pes gulai dan ayam dan gaulkan mesra.

3. Masukkan kerisik dan sedikit air. Biarkan mereneh sehingga ayam masak sepenuhnya.

4. Masukkan santan mengikut kepekatan yang diingini dan gaulkan masuk daun kunyit. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Selamat Mencuba – Getaran, 3 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga